More

    Guru ini rugi RM11,200, gara-gara sindiket cinta tipu di Telegram

    Dunia berteknologi sememangnya memudahkan perhubungan dan komunikasi. Namun, kemudahan ini banyak disalahgunakan terutamanya untuk sindiket penipuan. Terkini, seorang guru telah kerugian sejumlah nilai yang besar dek kerana meletakkan sepenuhnya kepercayaan terhadap sebuah penipuan melalui Telegram.

    Menurut Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara SPU ACP Noorzainy Mohd Noor, guru yang berusia 37 tahun tersebut mendakwa dia berhubung dengan tentera Amerika Syarikat (AS) melalui Telegram bermula Mei lalu. Hubungannya yang semakin rapat melalui aplikasi perhubungan itu disusuli dengan tindakan penipu tersebut meluahkan niatnya untuk berkahwin dengan guru tersebut.

    Dek kerana ingin mengahwini guru tersebut, dia perlu meminjam RM65,000 untuk perbelanjaannya ke Malaysia. Guru tersebut kemudiannya membuat pinjaman peribadi dan memindahkah wang sebanyak RM47,000 ke akaun lelaki yang mendakwa sebagai tentera AS.

    Guru tersebut kemudiannya menyedari penipuan ini dan terus melaporkannya kepada pihak polis memandangkan lelaki tersebut tidak dapat dihubungi. Sebanyak 17 transaksi pindahan wang telah dilakukan berjumlah RM11,200.

    Sebenarnya, sindiket ‘Love Scam’ ini sudah lama menular. Dengan ini, kami menasihatkan anda agar tidak terpedaya dengan sebarang perhubungan dengan individu tidak dikenali dan diragui melalui sebarang aplikasi perhubungan.

    Kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: BERNAMA

     

    Artikel Terkini

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Apple bangunkan hub rumah pintar dengan Siri AI, FaceTime dan AirPlay

    Apple dilaporkan sedang membangunkan peranti hub rumah pintar baharu yang berfungsi untuk mengawal peranti HomeKit, berinteraksi dengan Siri AI, membuat panggilan FaceTime,...

    WhatsApp tambah Parental Control, ibu bapa boleh kawal privasi anak

    WhatsApp melancarkan set kawalan ibu bapa baharu yang fleksibel dan bersifat pilihan bagi membantu mengurus penggunaan aplikasi dalam kalangan remaja. Ia dibangunkan...

    Canon EOS R8 Mark II dilancar di Malaysia dengan sensor full-frame 24.2MP dan IBIS...

    Canon Malaysia melancarkan kamera full-frame Canon EOS R8 Mark II yang menampilkan rekaan ergonomik yang dipertingkat serta sistem penstabilan imej penstabilan kawalan...

    Astro tambah siaran Mango TV, U Panda TV dan saluran khas Pokémon bermula 1...

    Astro memperluaskan penawaran kandungannya dengan melancarkan dua saluran baharu iaitu Mango TV (CH 336) dan U Panda TV (CH 337) bermula 1...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured