More

    Guru rugi lebih RM250,000 kerana penipuan melalui panggilan telefon

    Seorang guru lelaki mengalami kerugian RM258,060 selepas terpedaya dengan sindiket penipuan melalui telefon. Pemangku Ketua Polis Daerah Besut, Deputi Superintendan Azrol Anuar Nor berkata, lelaki berusia 28 tahun itu menerima panggilan telefon daripada seorang individu yang mendakwa daripada sebuah syarikat penghantaran barang di Kuala Lumpur.

    Ketika lelaki terbabit berada di tempat kerjanya semasa dia menerima panggilan memaklumkan ada bungkusan barangan mengandungi kad pengenalan haram dan kad mesin juruwang automatik (ATM) dihantar atas nama mangsa.

    Talian itu kemudiannya disambungkan kepada pihak yang menyamar sebagai polis dan mangsa dimaklumkan namanya turut terlibat dalam kes pengubahan wang haram dan penjualan akaun bank. Bagaimanapun, mangsa menafikan tetapi penipu meminta mangsa membuat laporan polis dalam talian.

    Suspek turut memberitahu mangsa supaya mengosongkan wang dalam akaun banknya dengan memindahkan wang ke akaun sementara yang diberikan bagi menyelamatkan mangsa daripada mengalami akaun dibekukan. Suspek turut memberitahu mangsa wang itu akan dipulangkan selepas siasatan selesai.

    Rentetan itu, mangsa telah memasukkan wang secara berperingkat sebanyak 27 kali ke dalam beberapa akaun berbeza yang diberikan suspek mengakibatkan kerugian RM258,060. Kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu.

    Orang ramai dinasihatkan berhati-hati dengan sebarang panggilan telefon dan pesanan ringkas yang diterima daripada pihak yang tidak dikenali melalui mana-mana platform agar tidak menjadi mangsa penipuan. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: Bernama

     

    Artikel Terkini

    Setel tambah ciri AI Voice Fuelling — Pengaktifan pam minyak tanpa sentuh

    Setel secara rasmi memperkenalkan fungsi baharu berasaskan kecerdasan buatan (AI) yang dikenali sebagai Voice Fuelling. Ciri ini membolehkan pengguna mengaktifkan pam minyak...

    Siri Samsung Galaxy Tab S12 kini tersedia di Malaysia dengan MediaTek Dimensity 9500 dan...

    Samsung Malaysia mengumumkan ketersediaan siri tablet terbaharu mereka iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra untuk pasaran tempatan. Peranti datang...

    Liputan 5G U Mobile kini capai 90% kawasan berpenduduk di Malaysia

    U Mobile hari ini secara rasmi mencapai 90 peratus Liputan 5G Kawasan Berpenduduk (CoPA) di seluruh negara. Pelancaran pencapaian dirasmikan oleh Menteri...

    Ryt Bank perkenal sokongan Apple Pay untuk kad fizikal dan maya

    Terkini, Ryt Bank telah melancarkan sokongan rasmi bagi perkhidmatan Apple Pay yang membolehkan pemegang Kad Debit Visa Ryt Bank menambah kad fizikal...

    OpenAI tambah iklan visual dalam ChatGPT akhir bulan ini

    OpenAI bakal menambah format iklan baharu yang dipanggil iklan visual pada platform ChatGPT bermula akhir bulan ini. Ia merupakan pengenalan iklan teks...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured