More

    GWM ORA GOOD CAT dalam warna Hijau Pistachio dilancar di Malaysia

    Baru-baru ini, Great Wall Motor (GWM) telah memperkenalkan kenderaan elektrik (EV) ORA GOOD CAT dalam warna baharu untuk pasaran Malaysia iaitu Hijau Pistachio.

    Warna hijau ini hanya terhad untuk varian ORA GOOD CAT 500 Ultra, dengan reka bentuk yang mencuri perhatian orang ramai. Walaupun dengan rekaan luaran kenderaan ini yang berwarna Hijau Pistachio, hiasan dalamannya mempunyai konsep dua warna iaitu hijau-kuning air.

    Di antara dua kerusi bahagian hadapan, terdapat tempat letak tangan dengan corak tapak kaki kucing yang comel dan penutup lubang penghawa dingin berwarna oren terang. Roda stereng pula mempunyai corak warna Hijau Pistachio dan kuning air.

    Semua kerusi dalam kereta ini mempunyai corak Houndstooth dengan kusyen berwarna oren terang. GWM mengatakan 20 unit ORA GOOD CAT Hijau Pistachio telah pun dijual pada hari pertama pengenalannya untuk pasaran Malaysia.

    Secara ringkas, ORA GOOD CAT adalah sebuah EV yang dilengkapi motor elektrik pada gandar hadapan dan pacuan roda hadapan serta bateri litium ternari 63.1 kWj. Ia boleh menghasilkan kuasa kuda 143PS, tork 210Nm, kelajuan maksimum 152 km/j dan menawarkan julat 500 kilometer untuk setiap cas.

    Ia turut mempunyai enam beg udara, kawalan kelajuan boleh ubah, kamera panoramik 360 darjah, kawalan pelayarn automatik, amaran perlanggaran dan brek kecemasan.

    Layari laman web GWM Malaysia untuk maklumat lanjut mengenai kenderaan ini. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengannya dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    Mercedes-AMG GT 63 4-Door Coupé EV rasmi di Malaysia dengan 1,169hp, cas pantas 350kW

    Mercedes-Benz Malaysia melancarkan Mercedes-AMG GT 63 PRO 4MATIC+ Coupé dan memberi pratonton awal Mercedes-AMG GT 63 4-Door Coupé di Kuala Lumpur bersempena...

    Nothing Headphone (1) Pro diumum: Tiga pemandu audio, binaan premium dan bateri tahan 68...

    Nothing melancarkan fon telinga mercu over-ear terbaharu mereka, Nothing Headphone (1) Pro. Model baharu ini membawakan peningkatan daripada segi sistem audio, keupayaan...

    Siri HONOR Magic9 dilancar di China — Dua kamera 200MP ARRI dan bateri 11,000mAh

    HONOR melancarkan siri telefon pintar mercu terbaharu di China yang merangkumi tiga model iaitu HONOR Magic9, Magic9 Super Edition dan Magic9 Pro...

    BeONE Mobile lancar pelan prabayar 5G dikuasakan Maxis bermula RM25/bulan

    BeONE Mobile melancarkan perkhidmatan prabayar baharu di Malaysia sebagai pengendali rangkaian mudah alih maya (MVNO) yang beroperasi atas rangkaian Maxis. Sebelum ini...

    Tak nak beratur panjang untuk ambil ubat? KKM kini ada aplikasi baharu MyUBAT

    Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menawarkan aplikasi telefon pintar MyUBAT untuk memudahkan dan mempercepatkan urusan pendaftaran serta pengambilan bekalan ubat susulan pesakit dari...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured