More

    GWM perkenalkan kenderaan elektrik baru di Malaysia: ORA GOOD CAT, HAVAL H6 dan HAVAL JOLION HEV HIBRID

    Sempena acara Malaysia Autoshow 2023 yang bermula pada hari ini, Great Wall Motor (GWM) Malaysia telah memperkenalkan beberapa kenderaan elektrik baharu untuk pasaran tempatan iaitu ORA GOOD CAT, GWM HAVAL H6 dan GWM HAVAL JOLION HEV HIBRID.

    ORA GOOD CAT sebenarnya telah dilancar pada November lalu dan merupakan sebuah kereta elektrik yang mempamerkan rekaan sporty serta dikhaskan untuk pemanduan harian di ibu kota dan pengembaraan luar. Ia ditawarkan dalam enam warna iaitu hijau, beige, merah, putih, biru dan hitam.

    Untuk pemacuan, ia mempunyai motor elektrik permanent magnet synchronous motor dengan tenaga maksimum 105kW dan tork 210Nm. Di dalam, ia mempunyai empat tempat duduk dan dilengkapi sistem hiburan dengan skrin sentuh berukuran 10.25 inci.

    Ia ditawarkan dalam dua varian iaitu 400 Pro dan 500 Ultra. Varian 400 Pro mempunyai bateri berkapasiti 47,788kWh yang boleh dipandu sejauh 400km, manakala 500 Ultra mempunyai bateri 63,139kWh dengan jarak pemanduan 500km.

    Kereta ini boleh dicas dengan DC Fast Charge yang memerlukan masa 46 minit (400 Pro) atau 60 minit (500 Ultra) untuk pengecasan penuh.

    ORA GOOD CAT akan dijual di Malaysia pada harga RM139,800 untuk varian 400 Pro dan RM159,800 untuk varian 500 Ultra. Khas sempena Malaysia Autoshow 2023 yang sedang berlangsung, pelanggan yang membeli kereta ini sebelum 7 Mei 2023 akan menikmati pemasangan pintu belakang kuasa elektrik secara percuma (bernilai RM2,000) dan kredit pengecasan bernilai RM1,000 (untuk pengendali titik pengecasan yang dilantik sahaja).

    Selain ORA GOOD CAT, GWM turut memperkenalkan GWM HAVAL H6 yang merupakan kereta terlaris di China, di mana ia merupakan kereta nombor satu untuk penjualan terkumpul selama 100 bulan.

    Kenderaan SUV ini dilengkapi platform teknologi modular LEMON dan didatangkan dengan enjin hibrid 1.5 Turbo Hybrid, menghasilkan tork 530Nm dan kuasa kuda sebanyak 243PS.

    "
    "

    Sementara itu, GWM HAVAL JOLION HEV HIBRID pula ialah SUV mesra alam yang menawarkan pengalaman pemanduan selesa sambil menjimatkan minyak. Ia mempunyai enjin hibrid 1.5 liter dengan pengecas turbo dan transmisi hibrid terdedikasi (DHT), menghasilkan gabungan output 139kW dan tork 375Nm.

    Di dalam, ia mempunyai skrin sentuh pintar berukuran 12.3 inci yang menyokong sambungan Apple CarPlay dan Android Auto. Untuk pemandu, ia mempunyai skrin 7 inci yang menunjukkan instrumen pemanduan dengan tepat dan jelas.

    HAVAL JOLION HEV HIBRID dan HAVAL H6 akan dilancar di pasaran Malaysia pada tahun ini. Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    U Mobile kini raja telco Malaysia? Gondol 8 anugerah dalam laporan terbaharu

    Opensignal secara rasmi mengeluarkan Laporan Pengalaman Rangkaian Mudah Alih Malaysia bagi Julai 2026 berdasarkan data yang dikumpul bermula 1 April hingga 29...

    BMW iX3 50 xDrive M Sport Pro diperkenal di Malaysia dengan bateri 108.7kWh, jarak...

    BMW Malaysia secara rasmi memperkenalkan BMW iX3 50 xDrive M Sport Pro baharu iaitu model pengeluaran pertama dalam barisan Neue Klasse untuk...

    DJI Mic Mini 2S tiba di Malaysia dengan rakaman 32-Bit, pembatalan hingar AI dan...

    DJI melancarkan mikrofon wayarles kompak terbaharu iaitu DJI Mic Mini 2S untuk pasaran Malaysia. Ia direka khusus untuk pencipta kandungan, pengatur cara...

    RHB Pay dilancar — Terima kad, FPX dan DuitNow Pay dalam satu platform

    RHB Bank Berhad secara rasmi melancarkan RHB Pay yang merupakan gerbang pembayaran dalam talian bersatu pertama yang dibangunkan, dimiliki dan dikendalikan sepenuhnya...

    Google hentikan khidmat Google Assistant mulai 4 September ini

    Google mengumumkan penamatan perkhidmatan Google Assistant pada peranti mudah alih dan peranti boleh pakai bermula 4 September 2026. Mereka telah mula menghantar...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured