More

    GXBank akan kenakan caj untuk pendaftaran kad debit bermula 17 April 2025

    Bank digital pertama negara, GXBank, akan mula mengenakan caj untuk para pengguna yang ingin mendapatkan kad debit baharu bermula 17 April 2025. Sebelum ini, pendaftaran kad debit baharu serta penggantian kad disediakan secara percuma.

    Menurut laman web GXBank, pengguna akan dikenakan caj sebanyak RM12 untuk pengaktifan kad debit fizikal baharu. Selain itu, untuk pengguna yang mengalami kehilangan atau kecurian kad, ia boleh diganti dengan caj penggantian sebanyak RM12. Caj ini akan diambil daripada baki dalam akaun GXBank anda.

    Walau bagaimanapun, caj ini akan dikecualikan jika pengguna mempunyai baki simpanan sekurang-kurangnya RM1,000 selama 30 hari sejak tarikh pemberian kad.

    Buat masa ini, GXBank masih belum mengenakan yuran tahunan untuk debit kad ini. Perlu diingati juga bermula 6 Mei 2025, setiap pengeluaran wang di mesin MEPS ATM dengan kad ini akan dikenakan caj RM1. Selain itu, pengguna juga akan dikenakan yuran transaksi luar negara sebanyak 1.2% untuk setiap pembelian yang menggunakan kad ini di luar negara.

    Beritahu kami di Facebook jika berita ini membantu anda dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    Netflix naik harga lagi di Malaysia, langganan kini cecah RM69.90 sebulan

    Netflix mengumumkan penyemakan semula kadar yuran langganan bulanan di Malaysia yang melibatkan semua peringkat pelan serta penambahan slot ahli. Kenaikan harga ini...

    Starship tamatkan fasa ujian, satelit Starlink V3 akan mula dibawa ke orbit

    SpaceX menyasarkan 18 September bagi pelaksanaan ujian penerbangan ke-14 roket Starship dari tapak pelancaran Starbase di Texas. Misi ini dijangka membawa perubahan...

    HONOR Magic9 Super Edition bakal tiba dengan bateri 11,000mAh dan paparan 165Hz

    HONOR dilaporkan sedang membangunkan telefon pintar mercu baharu menerusi model HONOR Magic9 Super Edition. Berdasarkan maklumat kebocoran spesifikasi yang tertumpu pada siri...

    Apple naikkan harga iPhone di Malaysia sehingga RM1,300

    Apple secara senyap telah mengemaskini senarai harga rasmi bagi beberapa model telefon pintar sedia ada di Malaysia. Pelarasan ini melibatkan model siri...

    Apple Watch Ultra 4 turut rasmi dengan cip S11, bateri 50 jam dan GPS...

    Apple secara rasmi memperkenalkan Apple Watch Ultra 4 untuk pasaran Malaysia yang kini dikuasakan oleh cip baharu S11 dan didatangkan dengan kerangka...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured