More

    Had subsidi elektrik naik daripada 600 kepada 800 kWj mulai September ini

    Kerajaan memutuskan untuk memperluaskan tahap perlindungan subsidi bil elektrik bagi pengguna domestik daripada 600 kWj kepada 800 kWj sebulan. Pelaksanaannya berkuat kuasa bagi tempoh penggunaan elektrik bermula September hingga 31 Disember 2026.

    Keputusan ini diambil bagi meringankan tekanan hidup rakyat susulan fenomena jerebu dan cuaca panas yang berlarutan. Keadaan cuaca semasa telah mendorong peningkatan penggunaan tenaga elektrik dalam kalangan isi rumah yang menyebabkan lonjakan penggunaan melebihi paras 600 kWj.

    Menerusi peluasan subsidi ini, pengguna domestik yang mencatatkan penggunaan elektrik sehingga 800 kWj sebulan layak menerima pengecualian penuh daripada Pelarasan Kos Bahan Api Automatik (AFA), Caj Peruncitan serta Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST).

    Pelaksanaannya secara langsung mengurangkan jumlah perbelanjaan asas isi rumah sepanjang tempoh berkenaan. Dalam pada itu, pemantauan rapi terhadap perkembangan kos bahan api dan keadaan pasaran tenaga semasa akan terus dijalankan.

    Langkah ini penting bagi memastikan sebarang penyesuaian tarif elektrik pada masa hadapan kekal seimbang antara beban sara hidup rakyat, keterjaminan bekalan elektrik negara dan kemampanan sektor tenaga secara keseluruhan. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    OPPO Pad Mini Matte Display Edition turut rasmi dengan skrin AMOLED 144Hz dan bateri...

    OPPO secara rasmi melancarkan tablet kompak OPPO Pad Mini Matte Display Edition untuk pasaran Malaysia. Peranti ditawarkan pada harga RM3,699 dengan spesifikasi...

    Siri OPPO Find X10 rasmi di Malaysia dengan kamera 200MP dan bateri 8,000mAh bermula...

    OPPO secara rasmi melancarkan siri Find X10 dan Find X10 Pro Max di Malaysia dengan kerjasama Hasselblad, sistem kamera sehingga tiga sensor...

    Antigravity tambah aksesori Antigravity A1 di Malaysia, harga bermula RM299

    Antigravity, jenama bawah Insta360, melancarkan aksesori kawalan baharu bagi ekosistem dron A1 8K 360 darjah dalam pasaran Malaysia. Kemas kini merangkumi pakej...

    RoboVan Autonomi L4 pertama Malaysia dibenar beroperasi di jalan raya awam Cyberjaya

    Autonomous Logistic Solutions Sdn Bhd (ALS) melancarkan RoboVan autonomi Tahap 4 (L4) tanpa pemandu untuk jalan raya awam Malaysia sempena Transport Expo...

    CMF Clip Pro dan Buds Neo rasmi untuk pasaran Malaysia bermula RM129

    Sub-jenama Nothing, CMF, melancarkan dua model fon telinga baharu di Malaysia iaitu CMF Clip Pro yang dijual pada harga RM359 dan CMF...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...