Pada hari ini, Haier Malaysia telah mengumumkan 12 model peti sejuk dan penyejuk beku (top freezer) baharu bagi memenuhi permintaan rakyat Malaysia terhadap produk Haier yang semakin meningkat setiap tahun. Rangkaian produk baharu ini terdiri daripada peti sejuk, penyejuk beku dan pendingin wain (wine chiller) pelbagai saiz.
Berikut adalah maklumat lanjut mengenai semua varian produk baharu ini:
Peti sejuk terbesar Haier
Antara peti sejuk yang baharu ini termasuklah HRF-IM758FG(SG)U1 yang mempunyai empat pintu dan berkapasiti 758 liter, menjadikannya peti sejuk terbesar oleh Haier Malaysia setakat ini. Ia dilengkapi pelbagai teknologi pemeliharaan semua ruang (all-space preservation) terkini bagi memastikan makanan kekal segar dengan lebih lama.

Teknologi ini termasuklah Fresher Shield yang mengehadkan pemindahan haba ke dalam peti sejuk semasa proses penyabekuan (defrosting), Sistem Kawalan Kelembapan (Humidity Control System, HCS) yang mengawal kelembapan berbeza untuk buah-buahan, sayur-sayuran dan lain-lain makanan mudah rosak, serta ABT Pro yang menggunakan cahaya UV dan penapis fotomangkin (photocatalyst filter) untuk mengionkan udara dan menguraikan bakteria.
Ia mempunyai sistem pencahayaan menyeluruh yang boleh menerangi seluruh ruang dalaman, terutamanya di bahagian belakang peti sejuk. Ia juga dilengkapi sensor yang memantau operasinya dan boleh dikawal menggunakan telefon pintar melalui aplikasi HaiSmart.
Di samping itu, teknologi twin inverter memastikan penggunaan tenaga yang lebih jimat serta operasi yang senyap. Peti sejuk ini akan dijual bermula bulan Ogos pada harga RM7,899.
Multi Door HRF-IM585 dan HRF-IM480 – Peti sejuk saiz sederhana
Untuk mereka yang hidup dalam kediaman bersaiz sederhana, peti sejuk Multi Door 585 berkapasiti 529 liter atau Multi Door 480 berkapasiti 480L mungkin lebih sesuai. Ia menawarkan pilihan suhu di antara 0°C, 2°C dan 4°C dalam ruang penyimpanan yang spesifik dengan jenis makanan seperti daging, ikan dan tenusu supaya ia kekal segar dengan lebih lama.

Kedua-dua model dilengkapi twin inverter untuk menjimatkan penggunaan tenaga dan operasi lebih senyap. Khas untuk Multi Door 585, ia mempunyai Pemegang Botol Anti-Tipping 95º bagi mengurangkan risiko tumpahan air daripada botol.
Model Multi Door 585 akan dijual pada harga RM3,899 hingga RM4,399, di mana harganya bergantung kepada varian casis (kaca atau logam) dan warna (biru batu permata, putih kaca, hitam kaca atau hitam logam).
Sementara itu, Multi Door 480 dijual pada harga RM3,399 (casis hitam piano) dan RM3,499 (casis logam biru). Haier juga menawarkan jaminan selama 20 tahun untuk kedua-dua model peti sejuk.
Penyejuk beku serbaguna
Tiga model penyejuk beku menegak ini menawarkan ruang susun atur bertingkat bagi memudahkan anda menyusun sendiri aturan barangan mentah. Ia boleh membeku serendah -24°C untuk penyejukan maksimum, sehingga 8°C untuk penyejukan biasa.


Ia dilengkapi teknologi Pro Frost-Free untuk peredaran udara yang seragam bagi mengurangkan penggunaan elektrik, manakala kompresor berkecekapan tinggi di dalamnnya beroperasi dengan bunyi yang senyap, setakat 37dB sahaja. Pintunya boleh dibuka seluas 90° dengan fungsi auto hold untuk memudahkan pembukaannya.
Penyejuk beku ini dijual pada harga berikut:
HUR-181NE: RM2,199
HUR-261NE: RM3,099
HUR-331NE: RM3,699
Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan peti sejuk Haier baharu ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.






