More

    Haier Malaysia lancarkan peti sejuk, mesin basuh, pengering, TV, dapur dan pemanas air baharu untuk 2023, bermula RM699

    Pada hari ini, syarikat kelengkapan elektronik rumah Haier Malaysia telah melancarkan produk-produk baharu dalam pelbagai kategori seperti mesin basuh, pengering baju, televisyen, dapur dan pemanas air. Berikut adalah maklumat penuh untuk setiap produk baharu ini:

    Peti sejuk

    Haier memperkenalkan peti sejuk HRF-689SI(GE) dengan pintu bersebelahan (side-by-side) yang mempunyai pelbagai teknologi baharu bagi mengekalkan kesegaran makanan, seperti pintu anti-bakteria yang mengurangkan pencemaran bakteria daripada luar sehingga 99.9%.

    Ia turut mempunyai teknologi H-DEO Fresh bagi mengurangkan bau yang tidak diingini dalam peti sejuk. Untuk mengekalkan kesegaran produk yang disimpan, Sistem Kawalan Lembapan (HCS) Plus akan menyediakan kadar kelembapan yang berbeza untuk buah-buahan, sayur-sayuran dan makanan kering.

    Selain itu, teknologi twin-inverter boleh mengurangkan penggunaan tenaga bagi membantu pengguna menjimatkan bil eletrik. Peti sejuk ini mempunyai kapasiti 689L dan boleh dibeli pada harga bermula RM3,789 atau promosi awal RM3,099 di HOMEDEC.

    Mesin basuh

    Pengering baju HW150-BP14986ES8 ialah mesin basuh muatan hadapan dengan Dram Super XL 601mm yang boleh menyokong kapasiti sehingga 15kg dan boleh diisi dengan fabrik bersaiz besar seperti selimut bersaiz king. Haier mengatakan pengering baharu ini menjimatkan masa sehingga 55 peratus berbanding dram 495mm.

    Model HW120-BP14959S8 dengan kapasiti 12kg pula mempunyai diameter 525mm dengan dram yang dibina dengan teknologi kimpalan laser tepat untuk permukaan dram yang tidak merosakkan fabrik. Kedua-dua pengering dilengkapi teknologi Super Inverter untuk penjimatan yang lebih tinggi dalam penggunaan air dan elektrik.

    Model lain seperti HW150-BP14986ES8 mempunyai Sistem Penjagaan Kebersihan yang terdiri daripada komponen wap, dwi-semburan dan rawatan antibakteria untuk meningkatkan tahap kebersihan pakaian. Mesin basuh ini boleh didapati pada harga bermula daripada RM3,499.

    Pengering baju

    Pengering HD100-A2939S mempunyai teknologi I-Refresh yang menembusi gentian pakaian untuk menghilangkan habuk, bau dan bakteria serta menghasilkan pengalaman mirip dry-cleaning. Ia menggunkana teknologi Pam Haba yang mengedarkan semula udara panas dan menjimatkan tenaga sehingga 56 peratus.

    "
    "

    Teknologi ini juga boleh mengelakkan pengecutan dan pemudaran warna baju. Pengering ini boleh didapati pada harga bermula daripada RM5,199.

    Televisyen pintar

    Haier kali ini menawarkan televisyen OLED-nya yang pertama di Malaysia iaitu H65C900UX dengan paparan OLED 120Hz 55 inci 4K untuk kualiti imej yang cantik. Sistem audionya terdiri daripada Dolby Atmos dan pembesar suara Harman Kardon 2.1 Surround. Ia boleh dihubungkan dengan Google TV untuk pelbagai aplikasi dan akses kepada kandungan video.

    Sementara itu, TV QLED 98 inci H98S900UX pula adalah TV terbesar oleh Haier Malaysia, dengan panel QLED 120Hz 4K, gamut warna lebar (WCG) dengan 1 bilion warna dan waktu respons serendah 6.5 milisaat. Ia turut menyokong local dimming untuk menggelapkan permukaan hitam can mencerahkan permukaan yang terang bagi menghasilkan kontras tinggi.

    Kedua-dua televisyen dilengkapi Google TV dan teknologi Dolby Vision IQ. Televisyen ini boleh didapati pada harga bermula daripada RM15,999.

    Dapur masak

    HVQ-795HGBGMY/H adalah dapur canggih dengan hud pengudaraan yang boleh mengalirkan udara pada kadar 1,900m3/j. Ia mempunyai Motor AI yang menggunakan teknologi Aliran Udara Pintar untuk meningkatkan kuasa penyedutan secara intuitif jika ia mengesan sesuatu yang mengumpulkan asap dalam dapur.

    Untuk dapur yang lebih konvensional dengan gas, dapur HCX-Q72TGB hadir dengan pemasa 180 minit yang akan memberi amaran kepada pengguna dengan bunyi bip dan mematikan api secara automatik untuk tujuan keselamatan. Ia turut mempunyai Copper Burnet yang tahan lama dengan pengagihan haba yang cekap, serta besi Cast Iron Pan Support untuk menyimpan pelbagai alatan memasak.

    Pemanas air

    Pemanas air Haier EI42E-FP3B(MY) dilengkapi teknologi kalis renjatan khusus untuk elakkan situasi kebocoran elektrik dan kegagalan Pemutus Litar Kebocoran Bumi (ELCB). Ia mengubah arus elektrik voltan tinggi dalam air kepada voltan yang lebih rendah untuk memastikan keselamatan pengguna sewaktu mandi.

    Di samping itu, ia mempunyai Dual Copper Heating Tube yang mempercepatkan proses pemanasan dan memanjangkan jangka hayat pemanas air. Sistem termostat AI 4D pula menyediakan kawalan suhu ±1℃ yang tepat supaya pengguna tidak perlu meluangkan masa lama untuk melaraskan suhu air.

    Berikut adalah harga untuk semua produk Haier:

    Sempena pelancaran semua produk di atas di pameran HOMEDEC 2023, pelanggan yang membeli kelengkapan rumah Haier berpeluang mendapatkan penjimatan sehingga 50 peratus, kredit e-dompet Touch ‘n Go bernilai RM400, PlayStation 5 dan pelbagai hadiah menarik. Pengunjung HOMEDEC juga boleh mendapatkan tawaran pembelian dengan pembelian serendah RM1 dengan menghadiri gerai Haier bernombor 7A007 di Dewan 7, Aras 3 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur.

    Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan mana-mana produk di atas dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    Acer lancar monitor Predator, Nitro dan ProDesigner baharu Untuk ‘gaming’ & kreativiti

    Acer memperkenalkan barisan monitor terbaharu merangkumi portfolio Predator, Acer Nitro dan Acer ProDesigner dengan fokus kepada permainan berprestasi tinggi serta penciptaan kandungan. Barisan...

    Acer Vero 16 kini lebih mudah dibaiki, lengkap dengan kuasa AI dan paparan OLED

    Acer memperkenalkan Acer Vero 16 (V16-I71 / V16-I71T), komputer riba premium generasi keempat dalam siri Vero yang menggabungkan prestasi moden dengan pendekatan lebih...

    Acer perkenal Swift Blade 14 dan Swift Air 16, dua laptop nipis dan ringan...

    Acer memperluaskan barisan komputer riba nipis dan ringan menerusi pengenalan Acer Swift Blade 14 dan Acer Swift Air 16, kedua-duanya hadir dengan Windows 11 dan...

    TikTok Shop kenakan SST 6% untuk yuran penghantaran mulai 1 September ini

    TikTok Shop Malaysia mengumumkan pelaksanaan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) sebanyak 6% ke atas Yuran Penghantaran Sebenar bagi perkhidmatan berkaitan penghantaran yang...

    Rekaan cip ARM Malaysia dijangka siap pada 2028, pengeluaran bermula 2030

    Malaysia mensasarkan cip ARM buatan tempatan untuk memasuki fasa pengeluaran menjelang tahun 2030. Negara turut berhasrat untuk menggunakan cip berkenaan dalam rantaian...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured