More

    Halaman Google Search bakal ada mod gelap, mengikut tema pengguna

    Ada pengguna peranti yang gemarkan mod biasa dengan latar belakang skrin cerah, manakala ada juga yang gemarkan mod gelap dengan latar belakang skrin berwarna hitam. Google kini dilapor sedang menguji mod gelap untuk halaman carian Google Search untuk pelayar di komputer.

    Menurut sumber, halaman carian Google tidaklah hitam sepenuhnya, tetapi warnanya kelihatan seperti kelabu gelap yang seakan hitam. Warna teks pula berubah menjadi warna putih, manakala warna pautan kekal pada warna biru seperti mod asal.

    Mod gelap ini diaplikasikan mengikut tetapan tema pada komputer anda sama ada tetapan Windows atau macOS. Jika anda menggunakan mod gelap di komputer, laman carian Google anda turut mengikutinya.

    Apa pun, ciri ini masih diuji dan akan tiba untuk semua pengguna awam kelak. Waktu rasmi kehadiran ciri ini untuk pengguna awam juga masih tidak diketahu. Setakat ini, ciri mod gelap untuk Google hanya dilapor bakal hadir di pelayar komputer sahaja.

    Apakah pendapat anda? Beritahu kami di laman Facebook dan kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: 9to5Google

     

    Artikel Terkini

    Setel tambah ciri AI Voice Fuelling — Pengaktifan pam minyak tanpa sentuh

    Setel secara rasmi memperkenalkan fungsi baharu berasaskan kecerdasan buatan (AI) yang dikenali sebagai Voice Fuelling. Ciri ini membolehkan pengguna mengaktifkan pam minyak...

    Siri Samsung Galaxy Tab S12 kini tersedia di Malaysia dengan MediaTek Dimensity 9500 dan...

    Samsung Malaysia mengumumkan ketersediaan siri tablet terbaharu mereka iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra untuk pasaran tempatan. Peranti datang...

    Liputan 5G U Mobile kini capai 90% kawasan berpenduduk di Malaysia

    U Mobile hari ini secara rasmi mencapai 90 peratus Liputan 5G Kawasan Berpenduduk (CoPA) di seluruh negara. Pelancaran pencapaian dirasmikan oleh Menteri...

    Ryt Bank perkenal sokongan Apple Pay untuk kad fizikal dan maya

    Terkini, Ryt Bank telah melancarkan sokongan rasmi bagi perkhidmatan Apple Pay yang membolehkan pemegang Kad Debit Visa Ryt Bank menambah kad fizikal...

    OpenAI tambah iklan visual dalam ChatGPT akhir bulan ini

    OpenAI bakal menambah format iklan baharu yang dipanggil iklan visual pada platform ChatGPT bermula akhir bulan ini. Ia merupakan pengenalan iklan teks...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured