More

    Hanya 10% rakyat Malaysia telah kemas kini maklumat PADU selepas hampir 2 bulan

    Sistem Pangkalan Data Utama (PADU) telah merekodkan lebih 3.08 juta pendaftaran untuk kategori rakyat Malaysia dan pemastautin tetap (PR). PADU menjelaskan bahawa 3.08 juta orang telah mengemaskini maklumat mereka daripada 30.08 juta individu yang berada dalam pangkalan data pentadbiran sedia ada.

    Ini bermakna hanya sekitar 10 peratus rakyat dan PR telah mendaftar serta mengemaskini maklumat mereka dalam sistem PADU. Angka 30.08 juta itu diperoleh daripada data sedia ada pentadbiran dengan salah satu matlamat PADU adalah untuk menambah baik data tersebut dengan maklumat yang lebih tepat dan terkini daripada rakyat Malaysia.

    PADU pada asasnya membolehkan kerajaan mempunyai analisis data yang lebih tepat untuk penggubalan dasar dan pembuatan keputusan berasaskan data terutamanya subsidi bersasar. Walau bagaimanapun, pendaftaran masih rendah walaupun telah dilancarkan hampir sebulan.

    Sasaran pendaftaran untuk PADU ialah 29 juta pendaftaran menjelang 31 Mac. Ini bermakna 25.92 juta rakyat dan PR perlu mendaftar dan mengemaskini maklumat mereka dalam masa kurang dari 2 bulan untuk sasaran itu dicapai. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: Facebook PADU

     

    Artikel Terkini

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Apple bangunkan hub rumah pintar dengan Siri AI, FaceTime dan AirPlay

    Apple dilaporkan sedang membangunkan peranti hub rumah pintar baharu yang berfungsi untuk mengawal peranti HomeKit, berinteraksi dengan Siri AI, membuat panggilan FaceTime,...

    WhatsApp tambah Parental Control, ibu bapa boleh kawal privasi anak

    WhatsApp melancarkan set kawalan ibu bapa baharu yang fleksibel dan bersifat pilihan bagi membantu mengurus penggunaan aplikasi dalam kalangan remaja. Ia dibangunkan...

    Canon EOS R8 Mark II dilancar di Malaysia dengan sensor full-frame 24.2MP dan IBIS...

    Canon Malaysia melancarkan kamera full-frame Canon EOS R8 Mark II yang menampilkan rekaan ergonomik yang dipertingkat serta sistem penstabilan imej penstabilan kawalan...

    Astro tambah siaran Mango TV, U Panda TV dan saluran khas Pokémon bermula 1...

    Astro memperluaskan penawaran kandungannya dengan melancarkan dua saluran baharu iaitu Mango TV (CH 336) dan U Panda TV (CH 337) bermula 1...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured