More

    Hanya 12% pengguna Android di dunia menggunakan Android 13

    Statistik jumlah muat turun Android terbaharu daripada Google mendedahkan bahawa Android 13 telah meningkat lebih daripada dua kali ganda dalam bahagian pasaran sejak Januari. Sebelum ini, Google menawarkan kemas kini bulanan dalam halaman web yang memaklumkan pembangun tentang peratusan peranti Android yang menjalankan versi OS tertentu.

    Maklumat ini berguna untuk pembangun aplikasi memutuskan versi minimum Android yang disokong kerana pembangun akan mengetahui peratusan pengguna dalam setiap sistem operasi. Statistik yang sama juga membantu dalam mengetahui bilangan peranti Android aktif yang menjalankan versi terkini.

    Pada Januari lalu, Android 13 telah ditambah pada carta buat kali pertama mendedahkan bahawa kemas kini telah dilancarkan kepada lebih 5% peranti di seluruh dunia sejak pelancarannya Ogos lalu. Google telah mengemas kini carta dan Android 13 dilihat mempunyai peningkatan besar dalam penggunaan.

    Menurut Google, lebih 12% daripada telefon dan tablet Android kini menjalankan Android 13. Sebagai perbandingan, Android 12 memiliki pertumbuhan 13.3% selepas setahun dilancarkan. Menghairankan bahawa keluaran Android 11 2020 masih mengekalkan pendahuluan yang stabil dengan jumlah muat turun 23.5% daripada jumlah keseluruhan.

    Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini. 

    Sumber: 9To5Google

     

    Artikel Terkini

    CMF Clip Pro dan Buds Neo rasmi untuk pasaran Malaysia bermula RM129

    Sub-jenama Nothing, CMF, melancarkan dua model fon telinga baharu di Malaysia iaitu CMF Clip Pro yang dijual pada harga RM359 dan CMF...

    Anker perluas kehadiran di Malaysia dengan kedai ketiga dan pameran produk baharu

    Anker menganjurkan Anker Experience Week di Sunway Pyramid dari 13 hingga 18 Oktober 2026 bagi memperkenalkan hala tuju jenama “Ultimate, Unified” di...

    OPPO ColorOS 17 dilancar secara global dengan UI Living Flow, jaminan lancar 6 tahun

    OPPO hari ini melancarkan sistem operasi terbaharu iaitu ColorOS 17 untuk pasaran global dengan fokus terhadap rekaan visual Living Flow dan integrasi...

    Samsung pamer peralatan rumah berasaskan AI, termasuk penyaman udara baharu 2027

    Samsung Electronics mempamerkan rangkaian kelengkapan rumah dan penyelesaian perniagaan berasaskan AI menerusi acara The Brief 2026 di Hanoi, Vietnam. Antara produk yang...

    Apple umum HomeView, HomePod mini 2 dan Apple TV 4K baharu — Bermula RM649

    Apple rasmi memperkenalkan barisan peranti rumah pintar baharu yang merangkumi hub smart home Apple HomeView, pembesar suara HomePod mini 2 dan peranti...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...