More

    Hanya dengan satu sentuhan, ini 5 perkara menarik yang anda boleh buat guna peranti HUAWEI

    Di sebalik kemunculan peranti-peranti dari HUAWEI termasuklah telefon pintar, komputer riba, tablet dan sebagainya, mungkin anda ketinggalan maklumat yang paling penting; iaitu apa perkara menarik yang anda boleh lakukan dengan peranti-peranti ini.

    Maklumat mengenai spesifikasi sahaja tidak mencukupi. Jika anda tahu mengenai cara menggunakan fungsi istimewa HUAWEI; 1+8+N, maka anda bakal mengetahui perkara menarik yang bakal memudahkan kehidupan. 1 merujuk kepada telefon HUAWEI P40 Pro+.

    Melalui 1, anda boleh menghubungkan 8 peranti HUAWEI ini; komputer riba, TV pintar, jam tangan pintar, kereta, fon telinga (Freebuds) dan pembesar suara. Dengan kesinambungan hubungan ini, anda bakal mendapat N; perjalanan lebih mudah, kerja mudah alih, rumah pintar, kesihatan dan hiburan! Jadi, melalui satu sentuhan pada telefon pintar HUAWEI seperti HUAWEI P40 Pro+, ini perkara yang anda boleh lakukan!

    #1 Pindah fail dari telefon ke komputer riba dengan satu sentuhan

    Tidak perlu lagi mencari wayar untuk memindahkan fail dari telefon ke komputer riba.

    Aktifkan fungsi NFC pada telefon HUAWEI anda, dekatkan telefon dengan kawasan pengesanan NFC di komputer riba HUAWEI MateBook X Pro. Inilah fungsi bernama HUAWEI Share, kemudian anda boleh pindahkan gambar anda dengan satu gerakan sentuhan di skrin; seret dan lepaskan fail tersebut ke tempat yang anda mahu dalam komputer riba.

    #2 Tengok skrin telefon melalui tablet atau komputer riba dengan Kolaborasi Multi-Skrin

    Seperti komputer riba HUAWEI, anda juga boleh mengawal skrin telefon pintar HUAWEI anda melalui tablet HUAWEI MatePad Pro, lebih puas jika anda tidak cukup dengan satu skrin pada telefon pintar sahaja.

    Dengan Kolaborasi Multi-Skrin ini, skrin telefon HUAWEI anda boleh dilihat melalui skrin di tablet HUAWEI MatePad atau komputer riba MateBook X Pro semasa sedang sibuk membuat tugasan.

    #3 Nikmati muzik dan hiburan sepuasnya dengan satu sentuhan pada telefon HUAWEI anda

    Untuk menikmati muzik dengan lebih memuaskan, anda pastinya ingin mendengar muzik melalui pembesar suara berkualiti. Dengan mudah, anda hanya perlu mengaktifkan NFC pada telefon HUAWEI anda dan sentuhkannya pada HUAWEI Sound X.

    "
    "

    Semudah satu sentuhan, anda boleh menikmati muzik berkualiti dari HUAWEI Sound X. Jika anda ingin menjeda muzik, anda hanya perlu meletakkan tangan di atas pembesar suara HUAWEI Sound X, muzik akan terhenti.

    Inginkan hiburan lebih besar? Sambungkan sahaja TV pintar HUAWEI Smart TV anda ke telefon. Hanya hubungkannya menggunakan NFC dengan menyentuhkan telefon HUAWEI anda ke alat kawalan HUAWEI Smart TV, anda kini boleh mengawal hiburan melalui telefon HUAWEI P40 Pro+.

    Tidak terhenti di situ, anda boleh mengawal skrin telefon HUAWEI melalui skrin TV pintar anda! Tidka perlu jeda menonton rancangan kegemaran anda di TV. Apa pun, fungsi di HUAWEI Smart TV ini masih tidak tersedia di Malaysia dan bakal tersedia kelak.

    #4 Tidak perlu minta kata kunci WiFi, sentuh sahaja untuk sambung ke WiFi

    Ya, tidak perlu lagi meminta kata kunci WiFi seperti di restoran ‘mamak’. Jika anda individu yang sering lupa kata kunci, fungsi ini juga akan membantu anda.

    Aktifkan fungsi NFC dan sentuhkan telefon HUAWEI anda pada penghala WiFi HUAWEI AX3. Secara automatik, telefon HUAWEI anda akan bersambung dengan WiFi!

    #5 Guna telefon HUAWEI untuk ganti kunci kereta

    Ini bukan mimpi atau perkara masa hadapan seperti kereta terbang. Ini adalah realiti jika anda menggunakan telefon HUAWEI terkini dan model kereta yang menyokong fungsi ini setakat ini; Audi A4 – A8, Q8 dan e-tron.

    Dengan fungsi NCF yang sedang aktif, dekatkan kawasan NFC di telefon pada pemegang pintu kereta untuk mengunci kereta dan membuka kunci kereta.

    Setelah anda mengetahui perkara menarik yang anda boleh lakukan melalui fungsi HUAWEI Share pada peranti-peranti HUAWEI, kami berharap anda sudah tersedar dari lamunan. Dunia kini sudah semakin maju dan HUAWEI ingin memberitahu anda tentang perkara menarik yang anda boleh lakukan.

    Untuk memastikan anda kekal dikemas kini dengan maklumat terkini mengenai fungsi kesinambungan hubungan melalui HUAWEI Share. Dengan One Tap Connectivity dari HUAWEI, ia memudahkan kehidupan seharian anda! Untuk maklumat lanjut, anda boleh layari laman rasmi HUAWEI Together 2020.

    Kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    [Ditaja]

     

    Artikel Terkini

    OPPO Pad Mini Matte Display Edition turut rasmi dengan skrin AMOLED 144Hz dan bateri...

    OPPO secara rasmi melancarkan tablet kompak OPPO Pad Mini Matte Display Edition untuk pasaran Malaysia. Peranti ditawarkan pada harga RM3,699 dengan spesifikasi...

    Siri OPPO Find X10 rasmi di Malaysia dengan kamera 200MP dan bateri 8,000mAh bermula...

    OPPO secara rasmi melancarkan siri Find X10 dan Find X10 Pro Max di Malaysia dengan kerjasama Hasselblad, sistem kamera sehingga tiga sensor...

    Antigravity tambah aksesori Antigravity A1 di Malaysia, harga bermula RM299

    Antigravity, jenama bawah Insta360, melancarkan aksesori kawalan baharu bagi ekosistem dron A1 8K 360 darjah dalam pasaran Malaysia. Kemas kini merangkumi pakej...

    RoboVan Autonomi L4 pertama Malaysia dibenar beroperasi di jalan raya awam Cyberjaya

    Autonomous Logistic Solutions Sdn Bhd (ALS) melancarkan RoboVan autonomi Tahap 4 (L4) tanpa pemandu untuk jalan raya awam Malaysia sempena Transport Expo...

    CMF Clip Pro dan Buds Neo rasmi untuk pasaran Malaysia bermula RM129

    Sub-jenama Nothing, CMF, melancarkan dua model fon telinga baharu di Malaysia iaitu CMF Clip Pro yang dijual pada harga RM359 dan CMF...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...