More

    Hanya kenalan tertentu yang dapat melihat “Kali Terakhir Dilihat” di WhatsApp

    Seperti yang diketahui pengguna WhatsApp, status “Kali Terakhir Dilihat” menjadi perbualan hangat, memberitahu anda bila kenalan itu terakhir aktif di aplikasi.

    Pada masa ini, anda dapat mematikan status “Kali Terakhir Dilihat” supaya kenalan lain tidak dapat melihat waktu terakhir anda dalam talian, tetapi pilihan tetapannya terbatas pada “Semua Orang,” “Kenalan Saya,” dan “Tiada siapa,”.

    Namun, itu akan berubah berdasarkan maklumat di WABetaInfo. Dalam tetapan Privasi, platform pemesejan menambahkan pilihan “Kenalan Saya Kecuali …” yang membolehkan kenalan tertentu sahaja melihat kali terakhir anda aktif di aplikasi.

    Perlu tahu juga bahawa jika anda mematikan status terakhir anda untuk kenalan tertentu, begitu juga yang akan berlaku sebaliknya. Pilihan “Kenalan Saya Kecuali …”  juga boleh diguna dalam tetapan privasi untuk gambar profil pengguna dan maklumat “Tentang”, menunjukkan WhatsApp membawa tetapan yang lebih terperinci ke pilihan privasi aplikasi secara keseluruhan.

    Namun, penggunaan pilihan baru ini masih tidak jelas bila. Memandangkan ia ditemui di iOS, berkemungkinan ia muncul di iPhone terlebih dahulu, diikuti dengan versi Android.

    Anda tidak perlu risau lagi tentang privasi WhatsApp yang mungkin hadir tidak lama lagi. Beritahu kami di Facebook dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: MacRumors

    "
    "
     

    Artikel Terkini

    CMF Clip Pro dan Buds Neo rasmi untuk pasaran Malaysia bermula RM129

    Sub-jenama Nothing, CMF, melancarkan dua model fon telinga baharu di Malaysia iaitu CMF Clip Pro yang dijual pada harga RM359 dan CMF...

    Anker perluas kehadiran di Malaysia dengan kedai ketiga dan pameran produk baharu

    Anker menganjurkan Anker Experience Week di Sunway Pyramid dari 13 hingga 18 Oktober 2026 bagi memperkenalkan hala tuju jenama “Ultimate, Unified” di...

    OPPO ColorOS 17 dilancar secara global dengan UI Living Flow, jaminan lancar 6 tahun

    OPPO hari ini melancarkan sistem operasi terbaharu iaitu ColorOS 17 untuk pasaran global dengan fokus terhadap rekaan visual Living Flow dan integrasi...

    Samsung pamer peralatan rumah berasaskan AI, termasuk penyaman udara baharu 2027

    Samsung Electronics mempamerkan rangkaian kelengkapan rumah dan penyelesaian perniagaan berasaskan AI menerusi acara The Brief 2026 di Hanoi, Vietnam. Antara produk yang...

    Apple umum HomeView, HomePod mini 2 dan Apple TV 4K baharu — Bermula RM649

    Apple rasmi memperkenalkan barisan peranti rumah pintar baharu yang merangkumi hub smart home Apple HomeView, pembesar suara HomePod mini 2 dan peranti...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...