More

    Harga baharu MGS5 EV diumumkan di Malaysia, kini bermula RM107,900

    SAIC Motor Malaysia kini mengumumkan harga baharu untuk MGS5 EV yang merupakan salah satu langkah untuk menjadikan kenderaan elektrik (EV) lebih mudah diakses di Malaysia. Harga rasmi baharu yang berkuat kuasa serta-merta ialah RM107,900 (COM), RM117,900 (COM Long Range) dan RM127,900 (LUX Long Range).

    Ketiga-tiga varian menggunakan pacuan roda belakang (RWD) dengan kuasa 170PS dan tork 250Nm serta satu-satunya model dalam segmennya dengan konfigurasi ini. Varian COM hadir dengan dua pilihan bateri iaitu 49kWh (jarak sehingga 340km) dan 62kWh (jarak sehingga 430km) manakala varian LUX Long Range menggunakan bateri 62kWh standard.

    Semua model menyokong pengecasan AC 7kW dan bagi versi LUX, ia menyokong pengecasan pantas DC 150kW yang boleh mencapai 10% ke 80% dalam masa 26 minit. Untuk gaya dan keselesaan, MGS5 EV LUX dilengkapi rim aloi 18 inci, bumbung panorama, kerusi kulit-fabrik berlubang dengan logo MG, stereng kulit dengan fungsi pemanas serta pintu belakang kuasa.

    Ciri lain termasuk pengecas wayarles, enam pembesar suara premium dan kamera pandang keliling 360°. Bahagian dalam menampilkan paparan infotainmen tengah 12.8 inci, instrumen digital 10.25 inci, sambungan Apple CarPlay dan Android Auto wayarles dan sistem pintar MG iSMART. Ruang but juga luas dengan kapasiti sehingga 1,441 liter bersama ruang simpanan bawah lantai.

    Menariknya, model ini dibina menggunakan reka bentuk bateri mendatar ultra-nipis yang bantu menurunkan pusat graviti dan menambah ruang kabin. MG turut melengkapkannya dengan sistem kawalan tekanan bateri adaptif untuk jangka hayat lebih panjang dan keselamatan lebih baik.

    Setiap pembelian disertakan dengan Ultimate Ownership Package yang menawarkan penjimatan sehingga RM10,000 termasuk pengecas dinding AC 7kW percuma atau kredit pengecasan setara. Pelanggan juga boleh dapatkan pelan pembiayaan fleksibel melalui MG Ultimate Financing Package di pengedar sah MG seluruh negara.

    MG turut mengesahkan bahawa pemasangan tempatan (CKD) untuk model MGS5 EV dijangka bermula pada tahun 2025. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengannya dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured