More

    Harga dan pilihan storan Nothing Phone (2) didedah, mencecah ~RM3,724

    Nothing Phone (2) akan dilancarkan dalam beberapa minggu lagi iaitu pada 11 Julai ini tetapi laporan baharu telahpun mededahkan harganya. Harganya tidaklah seperti yang dijangka oleh orang ramai kerana ia jauh lebih tinggi berbanding Nothing Phone (1).

    Nothing Phone (1) dilancarkan dengan harga yang agak berpatutan di seluruh United Kingdom(UK) dan Eropah sambil membawa ciri-ciri telefon kelas pertengahan.

    Phone (1) dijual pada harga RM2,399 di Malaysia manakala menurut laporan baharu, Phone (2) akan membawa kenaikan harga melebihi 50% iaitu pada €729 (~RM3,724) untuk varian storan 256GB dan RAM 8GB. Model yang lebih tinggi dengan storan 512GB dan RAM 12GB akan membawa harga €849 (~RM4,338).

    Dalam pada itu,terdapat juga khabar angin lain menunjukkan bahawa Nothing mungkin mengeluarkan jam tangan pintar. Sekiranya ini benar, kami menjangkakan ia akan dilancarkan pada tahun hadapan.

    Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: 9to5google

     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured