More

    Harga dan spesifikasi Samsung Galaxy A52s 5G tertiris, bermula ~RM2,183

    Maklumat harga untuk Samsung Galaxy A52s 5G dan beberapa butiran penting lain tentang telefon tersebut telah dikesan dalam sebuah laman web peruncit di Eropah. Pembuat telefon bimbit Korea Selatan itu dijangka akan melancarkan telefon Galaxy A52s sebagai Galaxy A52 yang ditingkatkan, di mana ia telah muncul dalam GeekBench dengan nombor model SM-A528B / DS.

    Menurut sumber, Galaxy A52s 5G akan dilancarkan buat kali pertama di pasaran Eropah. Laman web e-dagang DealNTech yang merupakan peruncit bagi jenama Samsung telah mendedahkan harga dan spesifikasi Galaxy A52s 5G secara tidak sengaja, merangkumi maklumat penting seperti pilihan warna, varian, dan harga.

    Galaxy A52s mungkin akan dilengkapi storan dalaman 128GB dengan tanda harga €434.64 (~RM2,183.01). Selain itu, ia juga akan tersedia dalam warna Awesome Mint, Awesome Violet, Awesome Black, dan Awesome White. Laporan yang muncul sebelum ini menunjukkan bahawa Galaxy A52s 5G akan menggunakan cipset Snapdragon 778G, RAM 8GB dan sistem operasi Android 11.

    Selain daripada itu, ia akan mengekalkan sebahagian besar spesifikasi Galaxy A52 5G seperti skrin AMOLED Full HD+ 6.5 inci 120Hz, bateri 4,500mAh, pengecasan pantas 25W dan rating kalis air IP67. Untuk kamera pula, ia mungkin akan terdiri daripada kamera utama 64MP, kamera ultra-lebar 12MP, kamera makro 5MP, sensor kedalaman 5MP dan kamera hadapan 32MP.

    Setakat ini, Samsung masih belum memberi maklumat rasmi tentang Galaxy A52s 5G. Nantikan berita lanjut mengenai peranti ini di Facebook kami dan terus kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber : Gizchina

     

    Artikel Terkini

    U Mobile kini raja telco Malaysia? Gondol 8 anugerah dalam laporan terbaharu

    Opensignal secara rasmi mengeluarkan Laporan Pengalaman Rangkaian Mudah Alih Malaysia bagi Julai 2026 berdasarkan data yang dikumpul bermula 1 April hingga 29...

    BMW iX3 50 xDrive M Sport Pro diperkenal di Malaysia dengan bateri 108.7kWh, jarak...

    BMW Malaysia secara rasmi memperkenalkan BMW iX3 50 xDrive M Sport Pro baharu iaitu model pengeluaran pertama dalam barisan Neue Klasse untuk...

    DJI Mic Mini 2S tiba di Malaysia dengan rakaman 32-Bit, pembatalan hingar AI dan...

    DJI melancarkan mikrofon wayarles kompak terbaharu iaitu DJI Mic Mini 2S untuk pasaran Malaysia. Ia direka khusus untuk pencipta kandungan, pengatur cara...

    RHB Pay dilancar — Terima kad, FPX dan DuitNow Pay dalam satu platform

    RHB Bank Berhad secara rasmi melancarkan RHB Pay yang merupakan gerbang pembayaran dalam talian bersatu pertama yang dibangunkan, dimiliki dan dikendalikan sepenuhnya...

    Google hentikan khidmat Google Assistant mulai 4 September ini

    Google mengumumkan penamatan perkhidmatan Google Assistant pada peranti mudah alih dan peranti boleh pakai bermula 4 September 2026. Mereka telah mula menghantar...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured