More

    Harga langganan Netflix kini bermula RM28/bulan

    Sebelum ini, hangat diperkatakan tentang Netflix yang cuba menyekat perkongsian kata laluan dan kini terdapat satu berita baik kepada peminat Netflix di mana pelan langganan bulanan akan bermula dengan RM28 sebulan untuk Netflix Basic. Pada mulanya, bayaran bulanan untuk Netflix Basic ialah RM35.

    Walaupun harga telah diturunkan, ciri-cirinya tetap sama. Untuk pengetahuan, anda hanya boleh menonton dan memuat turun Netflix pada sebuah peranti yang disokong pada satu masa. Siaran tontonan masih dalam HD dan pengguna dapat mengakses kepada filem tanpa had, rancangan TV tanpa iklan dan game.

    Bagi rancangan Netflix yang lain, tiada perubahan pada bayaran bulanan untuk Mobile iaitu RM17, Standard RM45 dan Premium RM55. Untuk maklumat lebih lanjut, anda boleh melawati laman rasmi Netflix Malaysia di sini.

    Pada masa ini, Netflix masih memikirkan cara untuk melaksanakan peraturan perkongsian kata laluan. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    Nothing Headphone (1) Pro diumum: Tiga pemandu audio, binaan premium dan bateri tahan 68...

    Nothing melancarkan fon telinga mercu over-ear terbaharu mereka, Nothing Headphone (1) Pro. Model baharu ini membawakan peningkatan daripada segi sistem audio, keupayaan...

    Siri HONOR Magic9 dilancar di China — Dua kamera 200MP ARRI dan bateri 11,000mAh

    HONOR melancarkan siri telefon pintar mercu terbaharu di China yang merangkumi tiga model iaitu HONOR Magic9, Magic9 Super Edition dan Magic9 Pro...

    BeONE Mobile lancar pelan prabayar 5G dikuasakan Maxis bermula RM25/bulan

    BeONE Mobile melancarkan perkhidmatan prabayar baharu di Malaysia sebagai pengendali rangkaian mudah alih maya (MVNO) yang beroperasi atas rangkaian Maxis. Sebelum ini...

    Tak nak beratur panjang untuk ambil ubat? KKM kini ada aplikasi baharu MyUBAT

    Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menawarkan aplikasi telefon pintar MyUBAT untuk memudahkan dan mempercepatkan urusan pendaftaran serta pengambilan bekalan ubat susulan pesakit dari...

    Adakah pencetak 3D berbaloi untuk dibeli pada tahun 2026?

    Pencetak 3D kini ditawarkan pada harga lebih terjangkau berbanding sedekad lalu dengan model paras asas dijual antara RM650 hingga RM1,500 manakala model...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured