More

    Harga pasaran OPPO A16 varian RAM 4GB kini diturunkan sebanyak RM50

    OPPO A16 merupakan sebuah telefon kelas permulaan yang telah dilancar di Malaysia pada bulan Ogos 2021, di mana ia menawarkan spesifikasi yang agak menarik seperti skrin LCD HD+ berukuran 6.52 inci, cipset MediaTek Helio G35 dan bateri 5,000mAh.

    Kini, OPPO Malaysia telah menurunkan harga pasaran OPPO A16 untuk varian 4GB+64GB sebanyak RM50, iaitu daripada RM649 kepada RM599. Pelanggan boleh mendapatkan telefon ini dalam warna perak Space Silver atau biru Pearl Blue.

    Berikut adalah spesifikasi penuh untuk OPPO A16:

    • Skrin LCD berukuran 6.52 inci dengan resolusi HD+ 1600×720
    • Cipset MediaTek Helio G35
    • RAM 4GB
    • Storan dalaman 64GB, boleh dibesarkan sehingga 256GB
    • Kamera utama 13MP + sensor kedalaman 2MP + kamera makro 2MP
    • Kamera swafoto 8MP
    • Bateri 5,000mAh
    • Perisian ColorOS 11.1 berdasarkan Android 11
    • Pengimbas cap jari di bahagian sisi
    • Bicu audio 3.5mm, port USB-C
    • Pilihan warna Pearl Blue dan Space Silver

    Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan OPPO A16 dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    Siri OPPO Find X10 rasmi di Malaysia dengan kamera 200MP dan bateri 8,000mAh bermula...

    OPPO secara rasmi melancarkan siri Find X10 dan Find X10 Pro Max di Malaysia dengan kerjasama Hasselblad, sistem kamera sehingga tiga sensor...

    Antigravity tambah aksesori Antigravity A1 di Malaysia, harga bermula RM299

    Antigravity, jenama bawah Insta360, melancarkan aksesori kawalan baharu bagi ekosistem dron A1 8K 360 darjah dalam pasaran Malaysia. Kemas kini merangkumi pakej...

    RoboVan Autonomi L4 pertama Malaysia dibenar beroperasi di jalan raya awam Cyberjaya

    Autonomous Logistic Solutions Sdn Bhd (ALS) melancarkan RoboVan autonomi Tahap 4 (L4) tanpa pemandu untuk jalan raya awam Malaysia sempena Transport Expo...

    CMF Clip Pro dan Buds Neo rasmi untuk pasaran Malaysia bermula RM129

    Sub-jenama Nothing, CMF, melancarkan dua model fon telinga baharu di Malaysia iaitu CMF Clip Pro yang dijual pada harga RM359 dan CMF...

    Anker perluas kehadiran di Malaysia dengan kedai ketiga dan pameran produk baharu

    Anker menganjurkan Anker Experience Week di Sunway Pyramid dari 13 hingga 18 Oktober 2026 bagi memperkenalkan hala tuju jenama “Ultimate, Unified” di...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...