More

    Harga realme X7 Max 5G tertiris sebelum pelancaran pada hari ini, bermula ~RM1,545

    realme bakal melancarkan telefon pintar andalan realme X7 Max 5G pada hari ini di India jam 12:30 tengah hari IST (3:00 petang waktu Malaysia) dan ia dijangka merupakan realme GT Neo yang dijenamakan semula untuk pasaran antarabangsa.

    Kini, sebuah pengedar telefon bernama Sangeetha Mobiles telah menyenaraikan harga peranti tersebut sebelum pelancaran rasmi. Ia akan dijual dalam dua pilihan warna Asteroid Black atau Mercury Silver serta dalam dua varian memori iaitu:

    • RAM 8GB + storan 128GB: INR26,999 (~RM1,545)
    • RAM 12GB + storan 256GB: INR29,999 (~RM1,720)

    Setakat ini, realme X7 Max 5G sudah pun disahkan bakal dilengkapi skrin Super AMOLED Full HD+ 120Hz yang mempunyai keterangan 1000 nits, gamut warna DCI-P3 dan nisbah kontras warna 8,000,000:1. Selain itu, ia akan dilengkapi cipset Dimensity 1200, bateri 4,500mAh, pengecasan pantas 50W, kamera hadapan 32MP dan tiga kamera 64MP+8MP+2MP.

    Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan telefon ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: Gizmochina

     

    Artikel Terkini

    OPPO Pad Mini Matte Display Edition turut rasmi dengan skrin AMOLED 144Hz dan bateri...

    OPPO secara rasmi melancarkan tablet kompak OPPO Pad Mini Matte Display Edition untuk pasaran Malaysia. Peranti ditawarkan pada harga RM3,699 dengan spesifikasi...

    Siri OPPO Find X10 rasmi di Malaysia dengan kamera 200MP dan bateri 8,000mAh bermula...

    OPPO secara rasmi melancarkan siri Find X10 dan Find X10 Pro Max di Malaysia dengan kerjasama Hasselblad, sistem kamera sehingga tiga sensor...

    Antigravity tambah aksesori Antigravity A1 di Malaysia, harga bermula RM299

    Antigravity, jenama bawah Insta360, melancarkan aksesori kawalan baharu bagi ekosistem dron A1 8K 360 darjah dalam pasaran Malaysia. Kemas kini merangkumi pakej...

    RoboVan Autonomi L4 pertama Malaysia dibenar beroperasi di jalan raya awam Cyberjaya

    Autonomous Logistic Solutions Sdn Bhd (ALS) melancarkan RoboVan autonomi Tahap 4 (L4) tanpa pemandu untuk jalan raya awam Malaysia sempena Transport Expo...

    CMF Clip Pro dan Buds Neo rasmi untuk pasaran Malaysia bermula RM129

    Sub-jenama Nothing, CMF, melancarkan dua model fon telinga baharu di Malaysia iaitu CMF Clip Pro yang dijual pada harga RM359 dan CMF...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...