More

    Harga Samsung Galaxy Z Flip4 mungkin lebih mahal daripada Flip3, bermula ~RM4,905

    Ketirisan maklumat mengenai peranti boleh lipat Samsung 2022 telah muncul di internet sejak beberapa bulan lalu. Namun, ia tidak menyentuh bahagian harga. Hampir semua maklumat yang tertiris adalah mengenai spesifikasi dan reka bentuknya. Kini, dengan hanya beberapa minggu lagi untuk pelancarannya, terdapat tekaan mengenai harga untuk Galaxy Z Flip4.

    Nampaknya, Samsung akan menetapkan harga Galaxy Z Flip4 lebih tinggi berbanding Flip3. Menurut laporan Pricebaba, harga Eropah untuk Galaxy Z Flip4 akan bermula pada €1,080 (~RM4,905) untuk storan 128GB. Pilihan storan 256GB dilaporkan akan berharga €1,160 (~RM5,265) manakala €1,280 (~RM5,810) untuk model 512GB.

    Sebagai perbandingan, Galaxy Z Flip3 mempunyai harga permulaan €1,040 (~RM4,720) di Eropah pada pelancaran tahun lepas. Walaupun model 2022 tidak mengalami kenaikan harga yang besar, sebarang kenaikan adalah ketara kerana Samsung telah menjadikan peranti boleh lipat lebih berpatutan dengan setiap generasi baharu.

    Galaxy Z Flip3 bermula pada harga $999 (~RM4,450) di AS dan ia menjadi sangat popular. Mungkin kuantiti penjualan Galaxy Z Flip3 menunjukkan prestasi yang baik di seluruh dunia. Samsung dijangka membuat satu lagi pengurangan harga pada tahun ini. Malangnya, tidak menjadi.

    Kemungkinan besar, Galaxy Z Fold4 akan berharga lebih daripada $1,000 (~RM4,455) jika khabar angin ini ternyata benar. Walaupun isu rantaian bekalan dan peningkatan kos pembuatan mungkin telah memaksa Samsung untuk menaikkan harga Galaxy Z Flip4, syarikat itu perlu mencari jalan untuk menjadikan Galaxy Z Fold4 lebih murah tahun ini.

    Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan nantikan berita seterusnya bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia. 

    Sumber: AndroidHeadlines

     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured