More

    Harimau Malaya kini tersedia dalam Konami eFootball. Jom cuba!

    Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) mencipta sejarah dengan menjalin kerjasama strategik bersama Konami eFootball. Buat pertama kali, skuad Harimau Malaya akan dipaparkan dalam permainan digital eFootball dan membolehkan peminat bermain mewakili pasukan kebangsaan Malaysia dengan pemain tempatan kegemaran mereka.

    Kerjasama ini diumumkan di Hotel Sofitel, Damansara dengan kehadiran pemimpin FAM dan legenda bola sepak, Safee Sali. Konami turut memperkenalkan kad status EPIC khas untuk Safee sebagai tanda penghormatan kepada sumbangan ikoniknya.

    Konami dan FAM juga merancang kempen interaktif termasuk pertandingan dan acara khas untuk menghubungkan komuniti bola sepak Malaysia dengan dunia digital. Safee Sali mengajak rakyat Malaysia bermain sebagai wira kebangsaan seperti Arif Aiman dan Dominic Tan sambil menunjukkan kebanggaan Malaysia di pentas global.

    Kerjasama ini bertujuan menginspirasi generasi baharu sambil mengangkat bola sepak Malaysia ke tahap lebih tinggi. Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured