More

    HarmonyOS 6 tampil dengan sistem AI baharu, beta pembangun kini tersedia

    HUAWEI secara rasmi melancarkan HarmonyOS 6 pada Persidangan Pembangun baru-baru ini. Pelancaran disampaikan sendiri oleh Pengarah Eksekutif, Richard Yu, yang memperkenalkan sistem operasi generasi baharu ini dengan pelbagai penambahbaikan daripada segi rekaan, prestasi dan kecerdasan buatan (AI).

    Ciri utama HarmonyOS 6 ialah pengenalan kepada rangka kerja baharu yang dinamakan Intelligent Agent Framework. Melalui ciri ini, pengguna boleh berinteraksi dengan pembantu peribadi baharu bernama XiaoYi dengan lebih semula jadi dan bukan lagi sekadar arahan suara ringkas.

    HUAWEI turut menunjukkan kemampuan XiaoYi yang boleh mengimbas keseluruhan paparan skrin telefon pintar untuk memberikan jawapan, seakan fungsi Circle to Search. Contohnya, pengguna boleh berbual dengan ChatExcel untuk membantu tugasan Excel atau meminta XiaoYi bantu membina aplikasi untuk ekosistem HarmonyOS 6.

    Satu lagi fungsi menarik dalam HarmonyOS 6 ialah Touch and Share. Ia membolehkan perkongsian fail antara telefon pintar dan PC dengan hanya sentuhan fizikal pada skrin komputer. Malah, ia juga menyokong sambungan segera ke sesi permainan bersama rakan. Namun, peranti yang menyokong fungsi Touch and Share masih belum diumumkan secara rasmi buat masa ini.

    HUAWEI juga mengumumkan bahawa Program Beta Pembangun HarmonyOS 6 kini telah dibuka dan akan berlangsung sehingga 30 Jun. Para pembangun yang berminat perlu mendaftar serta mengesahkan identiti melalui platform HUAWEI Developer Alliance.

    Peranti yang menyokong versi beta ini termasuk:

    • HUAWEI Mate 70 dan Mate 70 Pro
    • HUAWEI Mate 60 dan Mate 60 Pro
    • HUAWEI Mate X5
    • HUAWEI MatePad Pro 11-inci (2024)
    • HUAWEI MatePad Pro 13.2 (2025)

    Kongsi pendapat anda di Facebook kami tentang berita ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: 1|2|3

    "
    "
     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured