More

    HarmonyOS HUAWEI kini mirip Android sebanyak 80%, dijangka akan ganti ekosistem Google

    CEO Huawei bahagian pengguna Richard Yu Chengdong baru-baru ini menyatakan HUAWEI telah menghasilkan sistem operasi HarmonyOS yang menyerupai Android oleh Google sebanyak 70-80%. Beliau mengatakan HUAWEI sudah melaburkan ratusan juta dolar untuk membangunkan perisian tersebut.

    Walau bagaimanapun, masalah utama kini adalah telefon HUAWEI yang baru masih belum boleh dikeluarkan dan produk-produknya tidak boleh dilengkapi Android. Beliau mengatakan jika produk-produk China tidak boleh dilengkapi ekosistem Google pada masa akan datang, Harmony OS boleh menjadi alternatif yang bagus untuk menggantikan Google.

    Richard Yu mengatakan tiada syarikat yang boleh menggunakan cipset HUAWEI kerana sekatan yang dikenakan oleh Amerika Syarikat. Walau bagaimanapun, beliau tetap bersikap optimistik dan yakin teknologi 5G HUAWEI adalah lebih canggih daripada Ericsson dan Nokia.

    Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: TechNave CN

     

    Artikel Terkini

    Apple naikkan harga iPhone di Malaysia sehingga RM1,300

    Apple secara senyap telah mengemaskini senarai harga rasmi bagi beberapa model telefon pintar sedia ada di Malaysia. Pelarasan ini melibatkan model siri...

    Apple Watch Ultra 4 turut rasmi dengan cip S11, bateri 50 jam dan GPS...

    Apple secara rasmi memperkenalkan Apple Watch Ultra 4 untuk pasaran Malaysia yang kini dikuasakan oleh cip baharu S11 dan didatangkan dengan kerangka...

    Apple Watch Series 12 diumum dengan cip S11, Ceramic Shield 2 dan cas lebih...

    Apple secara rasmi memperkenalkan Apple Watch Series 12 yang dikuasakan oleh cip baharu S11. Jam tangan pintar ini membawakan rekaan sistem pengesan...

    Apple perkenal AirPods 5: ANC, IP57 dan kawalan gerak kepala bermula RM599

    Apple secara rasmi melancarkan AirPods 5 untuk pasaran Malaysia. Fon telinga jenis terbuka ini hadir dalam dua varian iaitu model standard dan...

    Apple iPhone Duo turut rasmi dengan skrin lipat 7.6″, cip A20 Pro bermula RM9,499

    Apple secara rasmi mengumumkan iPhone Duo sebagai telefon lipat pertama dalam barisan peranti mereka. Peranti ini hadir dengan reka bentuk boleh lipat...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured