More

    Hayati muzik anda dengan Samsung Galaxy Buds2 untuk pengalaman terbaik di mana-mana sahaja!

    Fon telinga wayarles kini sudah pun menjadi aksesori yang wajib dimiliki oleh pengguna telefon pintar kerana semakin banyak telefon pada masa ini tidak lagi dilengkapi bicu audio 3.5mm. Bagi menjamin kualiti audio terbaik untuk telinga anda, sepasang fon telinga wayarles yang lengkap dengan fungsi-fungsi canggih seperti dalam Samsung Galaxy Buds2 adalah penting untuk pengalaman pendengaran anda di mana-mana sahaja, tidak kisah sama ada tempat yang lengang atau sibuk.

    Dengan Galaxy Buds2, anda boleh menghayati lagu-lagu atau filem anda seperti yang diinginkan oleh para penerbitnya. Ia dilengkapi pembesar suara dinamik dua hala (dynamic two-way speakers) dengan woofer untuk menghasilkan bass yang lebih dalam serta tweeter untuk nota tinggi (high notes) yang lebih jelas. Kedua-dua komponen ini berfungsi dengan baik untuk menghasilkan harmoni audio yang mengasyikkan.

    Memandangkan Galaxy Buds2 ini akan dipautkan dengan telefon anda pada kebanyakan masa, anda pasti mengharapkan kualiti rakaman suara yang jelas oleh fon telinga ini untuk digunakan sewaktu membuat panggilan. Fon telinga Samsung ini dilengkapi tiga mikrofon dengan voice pickup unit (VPU) untuk memastikan ia boleh merakam suara anda, manakala reka bentuk yang melengkung pula membenarkan fon telinga ini untuk membatalkan bunyi bising daripada angin (wind noise).

    Komponen mikrofon Galaxy Buds2

    Untuk meningkatkan lagi tahap pembatalan bunyi hingar dan membuatkan suara anda menjadi lebih jelas kepada pemanggil, Galaxy Buds2 dilengkapi teknologi pembelajaran mesin (machine learning) untuk menapis bunyi-bunyi yang tidak dikehendaki.

    Sewaktu anda mendengar lagu atau podcast pula, dua mikrofon ini memainkan peranan untuk menapis bunyi persekitaran (ambient sound) manakala teknologi pembatalan hingar aktif (Active Noise Cancellation, ANC) dalam Galaxy Buds2 pula boleh mematikan bunyi hingar sehingga 98%, jadi anda boleh layankan lagu-lagu anda dengan lebih jelas.

    Akan tetapi, anda mungkin akan berada dalam situasi di mana anda perlu peka dengan situasi persekitaran dan tidak boleh menghidupkan ANC. Untuk keadaan sebegini, Galaxy Buds2 mempunyai mod bunyi persekitaran (ambient sound) yang boleh dilaraskan sebanyak tiga tahap, sama ada anda ingin mendengar persekitaran dengan jelas atau mahu ia diturunkan.

    Ambient Sound boleh mengubah tahap pembatalan hingar aktif

    Jika anda sudah pun menggunakan peranti dalam ekosistem Samsung Galaxy seperti telefon Galaxy S21, tablet Galaxy Tab S7 atau jam tangan Galaxy Watch4, fon telinga ini menawarkan pelbagai fungsi khas untuk anda. Antara ciri yang menarik adalah Auto Switch, di mana Galaxy Buds2 boleh dihubungkan dengan beberapa peranti Samsung serentak dan ia akan memainkan audio daripada peranti yang aktif sahaja.

    Sebagai contoh, jika anda sedang mendengar muzik yang dimainkan daripada tablet Galaxy Tab S7, kemudian anda tiba-tiba mendapat panggilan dalam telefon Galaxy S21, fon telinga Galaxy Buds2 akan dihubungkan kepada telefon itu secara automatik supaya anda boleh bercakap tanpa sebarang gangguan.

    Apabila ia dihubungkan kepada Galaxy Watch4 pula, anda boleh ubah antara mod ANC atau ambient sound dengan hanya menyentuh pada skrin jam tersebut. Pastinya ia adalah sangat mudah jika anda perlu menukar di antara dua mod tersebut dengan cepat sewaktu bersenam atau menunggu pengumuman dalam lapangan terbang.

    Nikmati muzik anda dengan selesa di mana-mana sahaja

    Layari laman web Samsung Malaysia untuk maklumat lanjut tentang fon telinga yang canggih ini. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan Galaxy Buds2 dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    Mercedes-AMG GT 63 4-Door Coupé EV rasmi di Malaysia dengan 1,169hp, cas pantas 350kW

    Mercedes-Benz Malaysia melancarkan Mercedes-AMG GT 63 PRO 4MATIC+ Coupé dan memberi pratonton awal Mercedes-AMG GT 63 4-Door Coupé di Kuala Lumpur bersempena...

    Nothing Headphone (1) Pro diumum: Tiga pemandu audio, binaan premium dan bateri tahan 68...

    Nothing melancarkan fon telinga mercu over-ear terbaharu mereka, Nothing Headphone (1) Pro. Model baharu ini membawakan peningkatan daripada segi sistem audio, keupayaan...

    Siri HONOR Magic9 dilancar di China — Dua kamera 200MP ARRI dan bateri 11,000mAh

    HONOR melancarkan siri telefon pintar mercu terbaharu di China yang merangkumi tiga model iaitu HONOR Magic9, Magic9 Super Edition dan Magic9 Pro...

    BeONE Mobile lancar pelan prabayar 5G dikuasakan Maxis bermula RM25/bulan

    BeONE Mobile melancarkan perkhidmatan prabayar baharu di Malaysia sebagai pengendali rangkaian mudah alih maya (MVNO) yang beroperasi atas rangkaian Maxis. Sebelum ini...

    Tak nak beratur panjang untuk ambil ubat? KKM kini ada aplikasi baharu MyUBAT

    Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menawarkan aplikasi telefon pintar MyUBAT untuk memudahkan dan mempercepatkan urusan pendaftaran serta pengambilan bekalan ubat susulan pesakit dari...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured