More

    Hidupkan gambar dan video malam anda dengan Samsung Galaxy S22!

    Kita semua amat gemar mengambil gambar dalam suasana malam kerana ia adalah waktu sempurna untuk berseronok, bersukan dan meluangkan masa bersama rakan-rakan serta orang tersayang. Lihat sahaja di TikTok, di mana video dengan tanda palang #LateNightDrives telah mendapat lebih 88 juta tontonan, manakala di media sosial lain pula, ramai pasangan kekasih lebih gemar mengambil gambar bersama-sama pada waktu malam.

    Selain itu, Malaysia juga mempunyai pelbagai tempat yang sesuai dijadikan lokasi untuk penggambaran pada waktu malam, terutamanya di kawasan bandar. Sebagai contoh, di Kuala Lumpur sahaja anda boleh pergi ke Jambatan Saloma, laluan Kwai Chai Hong, Dataran Merdeka dan banyak lagi. Untuk pergi ke lokasi-lokasi ini dengan lebih mudah, anda boleh ambil bas persiaran KL City of Lights.

    Untuk kualiti gambar waktu malam yang paling cantik tanpa memerlukan kamera mahal, anda perlu dapatkan teknologi fotografi canggih seperti yang terdapat pada siri telefon pintar Samsung Galaxy S22. Dengan Nightography, kamera dalam telefon ini dilengkapi pelbagai fungsi khas yang membenarkan anda untuk mengambil gambar dan video low-light cantik dan jelas dengan sangat mudah, dan berikut adalah tiga cara bagaimana telefon ini melakukannya:

    Saiz sensor yang besar

    Penggambaran malap memerlukan banyak cahaya untuk kualiti yang cantik. Galaxy S22 mempunyai sensor kamera dengan saiz piksel yang besar iaitu 2.4 mikrometer, jadi setiap piksel boleh menyerap lebih banyak cahaya untuk gambar yang lebih terang.  Selain itu, lensanya mempunyai salutan nano (nano-coating) khas yang mengurangkan pantulan agar lebih banyak cahaya boleh masuk ke sensor. 

    Teknologi Super Night Solution pula akan memastikan setiap bingkai dalam video nampak lebih jelas dengan pemprosesan multi-bingkai (multi-frame processing) dan algoritma AI. Sewaktu kamera telefon lain mengalami kesukaran dalam suasana malap, Galaxy S22 boleh menghasilkan gambar dengan butiran jelas dan kurang noise.

    Penstabilan kukuh

    Selain itu, kamera Galaxy S22 juga mempunyai teknologi penstabilan imej optikal (OIS) bagi membantu anda mengambil video dengan lebih jelas pada waktu malam, walaupun sambil anda bergerak. OIS membenarkan lensa kamera Galaxy S22 untuk bergerak sedikit bagi membatalkan sebarang getaran kecil yang terhasil daripada tangan. 

    Teknologi OIS dalam Galaxy S22 adalah 58% lebih kukuh daripada telefon sebelum ini. Pastinya, ini adalah ciri yang amat berguna jika anda ingin merakam vlog atau video yang berada di bawah sinaran cahaya tiang lampu bersama rakan-rakan.

    Super HDR untuk kekalkan butiran

    Galaxy S22 turut mempunyai mod Super HDR (high dynamic range) yang masih mengekalkan butiran jelas walaupun dalam bahagian gelap pada gambar. Fungsi ini amat berguna sewaktu anda merekod video dengan kontras tinggi seperti pemandangan matahari terbenam.

    Dengan fungsi-fungsi di atas, anda boleh muat naik pelbagai gambar atau video waktu malam yang sangat cantik ke dalam TikTok, Instagram atau platform media sosial lain. Bagi menunjukkan kebolehan Nightography ini, Samsung Malaysia akan menganjurkan peraduan Make City Nights Epic #withGalaxy. Berikut adalah cara bagaimana anda boleh menyertainya.

    1. Pilih tema – Anda boleh pilih tema Romance untuk tunjukkan tempat kesayangan anda di bandar, Playful untuk aktiviti menarik di bandar atau Adventurous untuk tempat yang meriah.

    2. Ambil gambar atau rakam video dengan peranti Samsung Galaxy.

    3. Muat naik gambar itu ke media sosial peribadi anda di Instagram dengan tanda palang #MakeNightsEpic #withGalaxy #(nama bandar) #(nama peranti Galaxy). Jangan lupa untuk tandakan @samsungmalaysia , @samsungmobile dan @samsungwithGalaxy dan tetapkan profil anda kepada Awam.

    Samsung akan memilih pemenang dengan tema Best Romantic Night, Best Fun Night, Best Place at Night dan Best City at Night.

    Layari laman web Samsung Malaysia untuk maklumat lanjut tentang siri Samsung Galaxy S22. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan telefon ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    [Ditaja oleh Samsung Malaysia]

     

    Artikel Terkini

    RoboVan Autonomi L4 pertama Malaysia dibenar beroperasi di jalan raya awam Cyberjaya

    Autonomous Logistic Solutions Sdn Bhd (ALS) melancarkan RoboVan autonomi Tahap 4 (L4) tanpa pemandu untuk jalan raya awam Malaysia sempena Transport Expo...

    CMF Clip Pro dan Buds Neo rasmi untuk pasaran Malaysia bermula RM129

    Sub-jenama Nothing, CMF, melancarkan dua model fon telinga baharu di Malaysia iaitu CMF Clip Pro yang dijual pada harga RM359 dan CMF...

    Anker perluas kehadiran di Malaysia dengan kedai ketiga dan pameran produk baharu

    Anker menganjurkan Anker Experience Week di Sunway Pyramid dari 13 hingga 18 Oktober 2026 bagi memperkenalkan hala tuju jenama “Ultimate, Unified” di...

    OPPO ColorOS 17 dilancar secara global dengan UI Living Flow, jaminan lancar 6 tahun

    OPPO hari ini melancarkan sistem operasi terbaharu iaitu ColorOS 17 untuk pasaran global dengan fokus terhadap rekaan visual Living Flow dan integrasi...

    Samsung pamer peralatan rumah berasaskan AI, termasuk penyaman udara baharu 2027

    Samsung Electronics mempamerkan rangkaian kelengkapan rumah dan penyelesaian perniagaan berasaskan AI menerusi acara The Brief 2026 di Hanoi, Vietnam. Antara produk yang...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...