More

    Himpunan hadiah PlayStation 5 Genshin Impact akan tiba di Malaysia pada 10 April ini

    PlayStation 5 Console, Genshin Impact Gift Bundle akan dikeluarkan pada 10 April 2024 di Malaysia pada harga RM2,499. Himpunan ini termasuk konsol PS5 (versi cakera) dan konsol wayarles DualSense, dibungkus dalam sarung kotak khas yang yang menampilkan watak Genshin Impact yang popular daripada Fontaine termasuk Paimon, Traveler dan lain-lain.

    Selain konsol, pembeli akan menerima kod baucar dengan pelbagai bonus dalam game seperti himpunan pilihan pakaian, kad nama perayaan, Primogems, Hero’s Wit dan Mora untuk meningkatkan pengalaman permainan mereka di Teyvat. Himpunan pilihan pakaian membolehkan pemain memilih daripada pilihan pakaian watak termasuk pakaian untuk Ganyu, Shenhe, Klee dan banyak lagi.

    Bagi peminat game, Genshin Impact adalah permainan peranan aksi dalam dunia terbuka yang berlatar belakang di alam fantasi Teyvat di mana tujuh elemen bersatu. Pemain memulakan perjalanan merentasi dunia yang luas ini, meneroka tujuh negara, berjumpa dengan pelbagai watak yang memiliki keupayaan unik dan berlawan dengan musuh semasa mencari adik beradik yang hilang.

    Semasa pemain mengembara bebas di dunia yang penuh warna ini, mereka menemui misteri-misterinya sehingga pengakhiran misi mereka membawa kepada pertemuan semula dengan adik beradik dan pendedahan akan kebenaran.

    Nantikan berita selanjutnya di laman web rasmi PlayStation. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured