More

    Hisense Malaysia mahu anda nyanyi untuk peluang menangi TV QLED 4K!

    Hisense Malaysia sedang menganjurkan pertandingan menyanyi Sing It Out with Hisense yang akan berlangsung sehingga 31 Ogos 2024. Peserta hanya perlu memuat naik video mereka menyanyi ke dalam media sosial kemudian mereka berpeluang memenangi televisyen pintar Hisense 4K QLED TV Q6N.

    Untuk menyertai pertandingan ini, anda perlu ikuti langkah berikut:

    1. Ikut Hisense Malaysia dalam Facebook dan Instagram.
    2. Muat naik video anda menyanyi selama satu minit kepada mana-mana lagu, kemudian muat naik video tersebut ke dalam akaun media sosial yang umum.
    3. Tag Hisense Malaysia dan taip kapsyen dengan hashtag #Hisense #Quality #Technology #SingItOutwithHisense dan #HisenseTVMoreThanJustATV

    Pada setiap minggu, tiga peserta dengan jumlah Suka (Like) dan Kongsi (Share) yang tertinggi akan dipilih untuk mara ke peringkat akhir pada bulan September. Sepanjang bulan Ogos, sebanyak 12 peserta akan dipilih untuk pergi ke peringkat akhir.

    Dalam peringkat akhir, semua 12 peserta perlu menyanyi di kedai pengedar sah Hisense dan rekod persembahan mereka menggunakan Karaoke Mode dalam televisyen Hisense 4K QLED TV Q6N. Video yang dirakam itu perlu dimuat naik ke dalam akaun media sosial mereka, kemudian tiga video dengan jumlah Suka dan Kongsi yang tertinggi akan dipilih sebagai pemenang utama.

    Hisense 4K QLED TV Q6N adalah televisyen pintar yang menawarkan teknologi seperti Quantum Dot Colour, Game Mode, Dolby Vision, HDR10+ dan kadar segar semula 120Hz. Ia menggunakan sistem operasi Google TV yang menawarkan akses kepada pelbagai perkhidmatan strim filem serta sistem arahan suara Google Assistant.

    Hisense 4K QLED TV Q6N
    Fungsi-fungsi dalam Hisense 4K QLED TV Q6N

    Pembesar suaranya mempunyai output audio 24W dan sokongan Dolby Atmos untuk kualiti audio yang mengasyikkan, serta mempunyai Karaoke Mode untuk pengalaman menyanyi yang seronok. Hisense 4K QLED TV Q6N ditawarkan dalam enam saiz iaitu 85″, 75″, 65″, 55″ dan 50″, dengan harga bermula RM2,499.

    Beritahu kami di Facebook jika anda berminat untuk menyertainya dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    Mercedes-AMG GT 63 4-Door Coupé EV rasmi di Malaysia dengan 1,169hp, cas pantas 350kW

    Mercedes-Benz Malaysia melancarkan Mercedes-AMG GT 63 PRO 4MATIC+ Coupé dan memberi pratonton awal Mercedes-AMG GT 63 4-Door Coupé di Kuala Lumpur bersempena...

    Nothing Headphone (1) Pro diumum: Tiga pemandu audio, binaan premium dan bateri tahan 68...

    Nothing melancarkan fon telinga mercu over-ear terbaharu mereka, Nothing Headphone (1) Pro. Model baharu ini membawakan peningkatan daripada segi sistem audio, keupayaan...

    Siri HONOR Magic9 dilancar di China — Dua kamera 200MP ARRI dan bateri 11,000mAh

    HONOR melancarkan siri telefon pintar mercu terbaharu di China yang merangkumi tiga model iaitu HONOR Magic9, Magic9 Super Edition dan Magic9 Pro...

    BeONE Mobile lancar pelan prabayar 5G dikuasakan Maxis bermula RM25/bulan

    BeONE Mobile melancarkan perkhidmatan prabayar baharu di Malaysia sebagai pengendali rangkaian mudah alih maya (MVNO) yang beroperasi atas rangkaian Maxis. Sebelum ini...

    Tak nak beratur panjang untuk ambil ubat? KKM kini ada aplikasi baharu MyUBAT

    Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menawarkan aplikasi telefon pintar MyUBAT untuk memudahkan dan mempercepatkan urusan pendaftaran serta pengambilan bekalan ubat susulan pesakit dari...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured