More

    Hisense Malaysia umumkan TV, peti sejuk, mesin basuh dan penghawa dingin untuk 2024, bermula RM1,499

    Dalam acara Go Tech And Beyond yang dilangsungkan pada hari ini, Hisense Malaysia telah melancarkan produk kelengkapan rumah baharu untuk kategori televisyen pintar, peti sejuk pintar, mesin basuh dan penghawa dingin yang boleh didapati bermula hari ini dan tahun 2024 kelak.

    Hisense menawarkan pelbagai rangkaian produk yang sesuai untuk semua kategori bajet pelanggan. Beriku adalah senarai produk baharu yang diumumkan oleh Hisense:

    Televisyen

    Hisense Mini LED 4K U7K adalah sebuah televisyen pintar yang tidak mempunyai sempadan bezel pada skrinnya, dengan resolusi 4K, teknologi Dolby Visuals dan Dolby Atmos untuk menghasilkan pengalaman tontonan yang lebih mengasyikkan.

    Sewaktu bermain game pula, Hisense Mini LED 4K U7K boleh memainkan game dengan lancar melalui Game Mode Pro dan FreeSync Premium. Ia ditawarkan dalam saiz 55 inci, 65 inci, 75 inci dan 85 inci.

    Buat mereka yang mengutamakan saiz skrin besar, siri Hisense PX2-Pro pula ditawarkan dengan saiz di antara 90 inci sehingga 130 inci. Ia dilengkapi teknologi cahaya triple-colour laser light untuk kualiti imej yang terang dan nampak hidup.

    Ia boleh memaparkan imej dalam resolusi 4K UHD dengan sokongan Dolby Vision, HDR 10 dan HLG. Berikut adalah senarai harga untuk katalog televisyen Hisense Malaysia:

    Peti sejuk

    Peti sejuk baharu seperti Hisense Inverter 720L RQ768N4AW-KU menampilkan rekaan empat pintu dengan hiasan khas yang membuatkannya nampak mewah. Ia dilengkapi teknologi penyejukan Metal Tech Cooling bagi memastikan makanan kekal segar, manakala saiznya yang besar membenarkan lebih banyak makanan untuk disimpan.

    Hisense mengatakan ia mempunyai teknologi inverter yang menawarkan operasi yang cekap tenaga, stabil, senyap dan tahan lama.

    "
    "

    Untuk mereka yang inginkan peti sejuk dengan pintu kaca dan gabungan warna unik, Hisense Side by Side Inverter 620L RS688N4AW-PU menampilkan rekaan yang mewah dan ringkas. Ia dilengkapi teknologi seperti aliran multi-udara (multi-air flow) dan penyejukan dwi-teknologi (dual-tech cooling) untuk mengekalkan suhu dalaman yang ideal dan menjaga kualiti makanan yang disimpan. Berikut adalah senarai harga untuk katalog peti sejuk Hisense Malaysia:

    Mesin basuh

    Mesin basuh dan pengering pintar 2-dalam-1 baharu oleh Hisense kini menawarkan kawalan yang boleh diakses dengan WiFi. Pengguna boleh mengawalnya daripada jauh dengan aplikasi ConnectLife dalam telefon.

    Ia menawarkan fungsi basuh dan kering dengan cepat, sepantas 60 minit. Selain itu, ia turut menawarkan tiga jenis pengewapan iaitu pure steam, allergy steam dan fresh steam bagi menjaga kualiti baju. Berikut adalah senarai harga untuk katalog mesin basuh Hisense Malaysia:

    Penghawa dingin

    Penghawa dingin Hisense yang baharu boleh mengalirkan udara segar sehingga 60 meter padu setiap jam. Ia menggabungkan aliran udara daripada luar dengan udara dalam rumah bagi menghasilkan kualiti udara keseluruhan yang lebih sihat.

    Pengguna juga boleh menghubungkan penghawa dingin Hisense kepada WiFi, kemudian anda boleh mengawalnya dengan aplikasi ConnectLife dalam telefon atau tablet. Selain itu, penghawa dingin ini menawarkan fungsi pembersihan kendiri (self-cleaning) dan pengaliran udara secara tidak terus (anti-direct blowing). Berikut adalah senarai harga untuk katalog penghawa dingin Hisense Malaysia:

    Layari laman web Hisense Malaysia untuk maklumat lanjut mengenai mana-mana produk di atas. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengannya dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    Storan akaun Google kini masukkan sekali SMS, sejarah panggilan dan sandaran telefon

    Google telah mula menghantar pemberitahuan kepada pengguna mengenai perubahan penggunaan ruang storan Google Account. Melalui kemas kini baharu, semua data sandaran peranti...

    Samsung Display perkenal panel tandem OLED pertama dengan pensijilan True Black 1400

    Samsung Display secara rasmi mula membekalkan panel tandem OLED baharu untuk laptop yang melepasi pensijilan VESA DisplayHDR True Black 1400. Piawaian baharu...

    Honda integrasi Google Gemini pada kenderaan terpilih, ganti Google Assistant

    Honda mengumumkan pengintegrasian pembantu AI Google Gemini bagi kenderaan yang dilengkapi fungsi Google built-in. Naik naik taraf ini menggantikan sistem Google Assistant...

    Apple naikkan harga langganan Apple Music untuk pengguna di Malaysia

    Apple telah menaikkan harga langganan bulanan bagi perkhidmatan penstriman muzik Apple Music di pasaran Malaysia. Berdasarkan kemas kini harga terbaharu, pelan individu...

    PMX kini ada kembar AI, boleh jawab soalan rakyat bila-bila masa

    Pejabat Perdana Menteri mengumumkan pelancaran avatar kecerdasan buatan rasmi yang dikenali sebagai PMX AI. Sistem digitalnya dibina oleh Zetrix AI Bhd yang...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured