More

    Honda dan Nissan sahkan rancangan untuk bergabung, bakal jadi pengeluar kereta ketiga terbesar di dunia

    Honda dan Nissan telah memulakan rundingan selama enam bulan mengenai kemungkinan penggabungan yang boleh menjadikan mereka pengeluar automotif ketiga terbesar di dunia. Langkah ini dilihat sebagai usaha strategik untuk bersaing dengan pembuat kereta China yang semakin menguasai pasaran kenderaan elektrik.

    Mitsubishi, yang sudah menjadi rakan strategik dengan Nissan,juga akan terlibat dalam perbincangan ini. Jika penggabungan ini berjaya, syarikat gabungan tersebut hanya akan berada di belakang Toyota dan Volkswagen daripada segi jualan global.

    Nissan menghadapi cabaran besar selepas runtuhnya pakatan mereka dengan Renault termasuk kejatuhan keuntungan sebanyak 94% dalam tempoh enam bulan terakhir. CEO Nissan, Makoto Uchida, menyifatkan langkah ini sebagai peluang untuk menawarkan pengalaman unik kepada pelanggan.

    Analisis daripada Morgan Stanley menunjukkan lebih banyak penggabungan mungkin berlaku di masa hadapan. Syarikat yang tidak mengambil langkah serupa berisiko menjadi pemain kecil dalam industri yang memerlukan pelaburan besar untuk bersaing.

    Penggabungan ini berpotensi mengubah lanskap industri automotif global dengan Honda dan Nissan bersedia menghadapi cabaran teknologi serta pasaran masa depan. Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: CNBC

     

    Artikel Terkini

    OPPO Pad Mini Matte Display Edition turut rasmi dengan skrin AMOLED 144Hz dan bateri...

    OPPO secara rasmi melancarkan tablet kompak OPPO Pad Mini Matte Display Edition untuk pasaran Malaysia. Peranti ditawarkan pada harga RM3,699 dengan spesifikasi...

    Siri OPPO Find X10 rasmi di Malaysia dengan kamera 200MP dan bateri 8,000mAh bermula...

    OPPO secara rasmi melancarkan siri Find X10 dan Find X10 Pro Max di Malaysia dengan kerjasama Hasselblad, sistem kamera sehingga tiga sensor...

    Antigravity tambah aksesori Antigravity A1 di Malaysia, harga bermula RM299

    Antigravity, jenama bawah Insta360, melancarkan aksesori kawalan baharu bagi ekosistem dron A1 8K 360 darjah dalam pasaran Malaysia. Kemas kini merangkumi pakej...

    RoboVan Autonomi L4 pertama Malaysia dibenar beroperasi di jalan raya awam Cyberjaya

    Autonomous Logistic Solutions Sdn Bhd (ALS) melancarkan RoboVan autonomi Tahap 4 (L4) tanpa pemandu untuk jalan raya awam Malaysia sempena Transport Expo...

    CMF Clip Pro dan Buds Neo rasmi untuk pasaran Malaysia bermula RM129

    Sub-jenama Nothing, CMF, melancarkan dua model fon telinga baharu di Malaysia iaitu CMF Clip Pro yang dijual pada harga RM359 dan CMF...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...