Honda dan Nissan telah memulakan rundingan selama enam bulan mengenai kemungkinan penggabungan yang boleh menjadikan mereka pengeluar automotif ketiga terbesar di dunia. Langkah ini dilihat sebagai usaha strategik untuk bersaing dengan pembuat kereta China yang semakin menguasai pasaran kenderaan elektrik.
Mitsubishi, yang sudah menjadi rakan strategik dengan Nissan,juga akan terlibat dalam perbincangan ini. Jika penggabungan ini berjaya, syarikat gabungan tersebut hanya akan berada di belakang Toyota dan Volkswagen daripada segi jualan global.
Nissan menghadapi cabaran besar selepas runtuhnya pakatan mereka dengan Renault termasuk kejatuhan keuntungan sebanyak 94% dalam tempoh enam bulan terakhir. CEO Nissan, Makoto Uchida, menyifatkan langkah ini sebagai peluang untuk menawarkan pengalaman unik kepada pelanggan.
Analisis daripada Morgan Stanley menunjukkan lebih banyak penggabungan mungkin berlaku di masa hadapan. Syarikat yang tidak mengambil langkah serupa berisiko menjadi pemain kecil dalam industri yang memerlukan pelaburan besar untuk bersaing.
Penggabungan ini berpotensi mengubah lanskap industri automotif global dengan Honda dan Nissan bersedia menghadapi cabaran teknologi serta pasaran masa depan. Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.
Sumber: CNBC






