More

    Honda e:N1 dilancar di Malaysia – EV pertama Honda dengan jarak 412km berharga RM149,900

    Honda Malaysia secara rasmi memperkenalkan Honda e:N1 iaitu model kenderaan elektrik (EV) pertamanya di pasaran tempatan. Ditawarkan pada harga RM149,900 atas jalan tanpa insurans, model ini dipasarkan dalam unit terhad berdasarkan prinsip “siapa cepat, dia dapat”.

    Honda e:N1 dibina berasaskan platform SUV HR-V, namun digayakan semula untuk menyerlahkan imej futuristik. Ia dipacu motor elektrik tunggal di hadapan yang menjana kuasa 204PS (150kW) dan 310Nm tork yang mampu memecut dari 0 ke 100 km/j dalam masa 7.6 saat. Model ini hadir dengan pek bateri 68.8kWh yang mampu menawarkan jarak pemanduan sehingga 412km mengikut kitaran WLTP.

    Untuk pengecasan, e:N1 menyokong pengecasan AC 11kW (penuh dalam 6 jam) dan pengecasan pantas DC 78kW yang mampu mengisi daripada 10% ke 80% dalam kira-kira 45 minit. Bahagian kabin meanampilkan paparan sentuh menegak bersaiz 15.1 inci dengan sokongan Apple CarPlay dan Android Auto wayarles. Panel meter pula hadir dalam bentuk paparan digital 10.25 inci.

    Daripada segi keselamatan, e:N1 dilengkapi sistem Honda SENSING seperti Adaptive Cruise Control, Lane Keeping Assist dan Collision Mitigation Braking System. Model ini ditawarkan dalam enam warna pilihan termasuk Aqua Topaz Metallic dan Crystal Black Pearl manakala ruang dalaman menggunakan kemasan kulit hitam dengan jahitan biru dan kemasan putih.

    Daripada aspek perlindungan, pelanggan menerima jaminan lapan tahun atau 160,000km untuk bateri dan sistem pemanduan elektrik serta jaminan kenderaan selama tiga tahun atau 100,000km. Turut disediakan ialah pakej servis percuma sebanyak empat kali dalam tempoh tiga tahun atau 60,000km.

    Honda e:N1 boleh dibeli di lapan pengedar terpilih di Semenanjung Malaysia. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan EV terbaharu daripada Honda ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    OPPO Pad Mini Matte Display Edition turut rasmi dengan skrin AMOLED 144Hz dan bateri...

    OPPO secara rasmi melancarkan tablet kompak OPPO Pad Mini Matte Display Edition untuk pasaran Malaysia. Peranti ditawarkan pada harga RM3,699 dengan spesifikasi...

    Siri OPPO Find X10 rasmi di Malaysia dengan kamera 200MP dan bateri 8,000mAh bermula...

    OPPO secara rasmi melancarkan siri Find X10 dan Find X10 Pro Max di Malaysia dengan kerjasama Hasselblad, sistem kamera sehingga tiga sensor...

    Antigravity tambah aksesori Antigravity A1 di Malaysia, harga bermula RM299

    Antigravity, jenama bawah Insta360, melancarkan aksesori kawalan baharu bagi ekosistem dron A1 8K 360 darjah dalam pasaran Malaysia. Kemas kini merangkumi pakej...

    RoboVan Autonomi L4 pertama Malaysia dibenar beroperasi di jalan raya awam Cyberjaya

    Autonomous Logistic Solutions Sdn Bhd (ALS) melancarkan RoboVan autonomi Tahap 4 (L4) tanpa pemandu untuk jalan raya awam Malaysia sempena Transport Expo...

    CMF Clip Pro dan Buds Neo rasmi untuk pasaran Malaysia bermula RM129

    Sub-jenama Nothing, CMF, melancarkan dua model fon telinga baharu di Malaysia iaitu CMF Clip Pro yang dijual pada harga RM359 dan CMF...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...