More

    Honda integrasi Google Gemini pada kenderaan terpilih, ganti Google Assistant

    Honda mengumumkan pengintegrasian pembantu AI Google Gemini bagi kenderaan yang dilengkapi fungsi Google built-in. Naik naik taraf ini menggantikan sistem Google Assistant sedia ada untuk menawarkan interaksi berasaskan perbualan yang lebih fleksibel semasa memandu.

    Sistem Google Gemini membolehkan pemandu berkomunikasi secara semula jadi tanpa perlu bergantung kepada arahan suara khusus atau mengulang maklumat yang telah diberikan. Ia direka untuk memahami konteks perbualan, memproses arahan berlapis serta meminta penjelasan lanjut jika diperlukan.

    Integrasi turut menyokong fungsi Gemini Live yang boleh diaktifkan melalui arahan suara mudah seperti “Hey Google, let’s talk”. Cirinya membolehkan pemandu berinteraksi secara bebas bagi tujuan perancangan aktiviti, merangkumkan berita atau mendapatkan idea secara terus dari dalam kenderaan.

    Untuk menggunakan fungsi ini, pemandu perlu log masuk ke Akaun Google masing-masing dalam sistem kenderaan. Ia akan dikemas kini secara automatik dari semasa ke semasa untuk meningkatkan keupayaan pemahaman arahan. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: Honda

     

    Artikel Terkini

    Anker Soundcore AeroClip 2 dilancar dengan cip AI THUS dan bateri 32 jam berharga...

    Anker melancarkan Soundcore AeroClip 2 dengan reka bentuk jenis klip terbuka yang dijana oleh cip pemproses khas AI THUS. Ia berfungsi memproses...

    CelcomDigi kemas kini pas perayauan, harga bermula RM10 dan panggilan percuma

    CelcomDigi mengumumkan pengenalan pas perayauan (roaming) antarabangsa baharu yang ditawarkan pada harga bermula RM10 untuk pelanggan prabayar dan RM30 untuk pelanggan pascabayar....

    Belanjawan 2027: Rakyat Digital tawar 100,000 langganan AI percuma tahun depan

    Inisiatif Rakyat Digital akan diteruskan pada 2027 dengan penyediaan 100,000 langganan perkhidmatan kecerdasan buatan (AI) percuma. Perkara itu diumumkan Perdana Menteri, Datuk...

    Belanjawan 2027: Kerajaan dan Grab sediakan RM160 juta untuk pekerja e-hailing dan p-hailing

    Kerajaan mengumumkan pakej bantuan khas bernilai RM160 juta yang dibiayai bersama Grab bagi meningkatkan pendapatan bersih dan kebajikan pekerja e-hailing dan p-hailing...

    Infinix SMART 20e rasmi di Malaysia dengan skrin 120Hz, kalis IP64 bermula RM499

    Infinix melancarkan peranti kelas permulaan baharu iaitu Infinix SMART 20e untuk pasaran Malaysia. Peranti memfokuskan kepada penggunaan harian dan hiburan pada julat...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured