More

    Honda Malaysia bakal lancar kereta elektrik pertama dengan Honda e:N 1

    Honda Malaysia mengesahkan pelancaran model kenderaan elektrik penuh (BEV) pertama mereka iaitu Honda e:N 1 yang dijangka menarik perhatian ramai peminat automotif tempatan. Model SUV elektrik sepenuhnya ini kini dipamerkan di Pameran Kuala Lumpur International Mobility Show (KLIMS) 2024.

    Berdasarkan reka bentuk, Honda e:N 1 adalah versi elektrik penuh Honda HR-V tetapi dibina di atas platform baharu, e:N Architecture F. Daripada segi prestasi, Honda e:N 1 dilengkapi motor tunggal yang menghasilkan kuasa 150kW (201hp) dan tork 310Nm serta disokong oleh bateri Lithium-Ion berkapasiti 68.8kWh.

    SUV ini menawarkan jarak pemanduan sehingga 412km berdasarkan penilaian WLTP manakala pengecasan pantas DC daripada 10% ke 80% hanya memerlukan sekitar 45 minit. Untuk pengecasan AC, ia memerlukan kira-kira 6 jam untuk penuh.

    Walaupun reka bentuk luarannya menyerupai HR-V biasa, terdapat perbezaan seperti logo putih “H” di depan dan tulisan penuh “Honda” di belakang. Bahagian dalamnya pula tampil moden dengan kluster instrumen digital 10.25 inci dan skrin infotainmen besar 15.1 inci yang menyokong Android Auto dan Apple CarPlay.

    Daripada segi harga, walaupun belum diumumkan secara rasmi, anggaran menunjukkan ia mungkin dijual pada harga sekitar RM160,000 hingga RM180,000. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan Honda e:N 1 dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: Paultan

     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured