More

    Hong Leong Bank buka kedai atas talian mereka yang pertama di Shopee Malaysia

    Kenapa bank ada di laman web penjualan Shopee? Soalan yang baik kerana kami juga ingin tahu sama seperti anda. Hong Leong Bank adalah bank pertama Malaysia yang muncul di Shopee Mall dan ia mula beroperasi bermula 9 pagi hari ini.

    Jika dilihat pada kedai mereka di Shopee, buat masa ini, hanya tiga produk sahaja yang mereka senaraikan iaitu pembukaan akaun simpanan asas, akaun junior 3-dalam-1 dan akaun Pay&Save.

    Setiap produk mereka berharga RM1 sahaja dan yang menariknya, lebih dari 100 pelanggan sudah mula membeli produk mereka. Tambahan lagi, pelanggan berpeluang untuk mendapatkan baucar Shopee sehingga RM38 dari setiap pembelian.

    Hong Leong membuat keputusan untuk membuka kedai dalam talian ini supaya pelanggan mereka tidak perlu untuk melawat bank mereka sewaktu dalam PKP ini. Cara pembukaan ini adalah hampir sama dengan perbankan dalam talian di laman web rasmi mereka, kecuali ia disertakan dengan faedah menarik dari Shopee.

    Bank Hong Leong juga merancang untuk menambah lebih banyak produk pada masa akan datang.

    Adakah bank lain patut sama melakukan perkara ini? Berikan komen anda di Facebook kami dan terus kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    Siri HUAWEI Pura 90s tersedia di Malaysia — Dilengkapi kamera 200MP bermula RM3,699

    HUAWEI secara rasmi melancarkan siri HUAWEI Pura 90s dan fon telinga terbuka HUAWEI FreeClip 2 S untuk pasaran Malaysia. Model utama HUAWEI...

    HMD mahu hidupkan semula pengalaman Nokia Lumia pada Android

    HMD Global dilaporkan sedang menguji antaramuka pengguna berasaskan rekaan tile yang menyerupai konsep Live Tiles daripada era Lumia dan Windows Phone. Maklumat...

    Samsung Galaxy Watch Ultra2 dan Watch9 turut rasmi dengan harga bermula RM1,499

    Selain siri telefon lipat, Samsung juga melancarkan jam tangan pintar Samsung Galaxy Watch Ultra2 dan Galaxy Watch9 untuk pasaran Malaysia. Kedua-dua model...

    Samsung Galaxy Z Fold8, Fold8 Ultra dan Flip8 rasmi di Malaysia, harga bermula RM5,399

    Samsung secara rasmi melancarkan siri telefon pintar boleh lipat Galaxy Z Fold8 Ultra, Galaxy Z Fold8 dan Galaxy Z Flip8 bagi pasaran...

    Peti ais untuk manusia ‘Do Hiemon Box’ dilancar di Jepun dengan harga ~RM43,260

    Syarikat pengeluar peti ais dan mesin layan diri dari Jepun, SDRS, bersama pembekal peralatan industri Trusco Nakayama telah memperkenalkan Do Hiemon Box....

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured