More

    Ciri ‘Emergency Lock’ dan ‘Cooling Off Period’ diperkenal dalam Hong Leong Bank Connect

    Mulai Mac 2023, Hong Leong Bank dan Hong Leong Islamic Bank telah menambah ciri Emergency Lock (Kunci Kecemasan) untuk kedua-dua HLB Connect dalam talian dan juga aplikasi perbankan mudah alih. Dengan Kunci Kecemasan, pelanggan boleh menyekat akaun dengan cepat jika mereka mengesyaki telah menjadi mangsa penipuan tanpa perlu menghubungi pusat panggilan bank terlebih dahulu.

    Ini menyediakan cara yang lebih pantas dan mudah untuk pelanggan mengambil tindakan segera dan melindungi akaun mereka. Kunci Kecemasan membolehkan pelanggan mengambil tindakan untuk menyekat aktiviti pada akaun bank apabila mereka menyedari transaksi mencurigakan atau menjadi mangsa penipuan.

    Apabila ia diaktifkan, akaun anda akan dihadkan kepada akses ‘Lihat Sahaja’ tanpa sebarang transaksi dibenarkan berlaku. Pelanggan masih boleh log masuk untuk menyemak butiran dan baki akaun mereka serta sebarang arahan berjadual sedia ada atau transaksi berulang akan diteruskan tanpa sebarang gangguan.

    Pelanggan dinasihatkan untuk segera menghubungi Pusat Hubungan HLB selepas mengaktifkan Kunci Kecemasan untuk mendapatkan panduan tentang langkah seterusnya termasuk arahan untuk menyahaktifkan kunci. HLB juga telah melancarkan satu lagi langkah keselamatan yang dipertingkatkan iaitu Cooling Off Period (Tempoh Bertenang).

    Tempoh Bertenang akan diaktifkan apabila pelanggan memuat turun aplikasi HLB Connect dan mendayakan AppAuthorise buat kali pertama pada peranti baharu atau meningkatkan had transaksi dalam talian harian. Ia memberi masa untuk pelanggan menyemak cadangan aktiviti akaun dan mengambil tindakan yang perlu jika mereka ditipu.

    Selepas Tempoh Bertenang, pelanggan akan mempunyai keupayaan untuk menjalankan transaksi dalam talian menggunakan fungsi AppAuthorise untuk meluluskan transaksi. Sebarang perubahan pada had transaksi hanya akan berkuat kuasa selepas tempoh Bertenang telah tamat.

    Untuk maklumat lanjut tentang ciri keselamatan baharu ini, sila lawati laman rasmi Hong Leong Bank. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini. 

     

    Artikel Terkini

    Setel tambah ciri AI Voice Fuelling — Pengaktifan pam minyak tanpa sentuh

    Setel secara rasmi memperkenalkan fungsi baharu berasaskan kecerdasan buatan (AI) yang dikenali sebagai Voice Fuelling. Ciri ini membolehkan pengguna mengaktifkan pam minyak...

    Siri Samsung Galaxy Tab S12 kini tersedia di Malaysia dengan MediaTek Dimensity 9500 dan...

    Samsung Malaysia mengumumkan ketersediaan siri tablet terbaharu mereka iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra untuk pasaran tempatan. Peranti datang...

    Liputan 5G U Mobile kini capai 90% kawasan berpenduduk di Malaysia

    U Mobile hari ini secara rasmi mencapai 90 peratus Liputan 5G Kawasan Berpenduduk (CoPA) di seluruh negara. Pelancaran pencapaian dirasmikan oleh Menteri...

    Ryt Bank perkenal sokongan Apple Pay untuk kad fizikal dan maya

    Terkini, Ryt Bank telah melancarkan sokongan rasmi bagi perkhidmatan Apple Pay yang membolehkan pemegang Kad Debit Visa Ryt Bank menambah kad fizikal...

    OpenAI tambah iklan visual dalam ChatGPT akhir bulan ini

    OpenAI bakal menambah format iklan baharu yang dipanggil iklan visual pada platform ChatGPT bermula akhir bulan ini. Ia merupakan pengenalan iklan teks...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured