More

    HONOR 200 Lite 5G akan dilancar di Malaysia pada 26 Julai ini berharga RM1,299

    HONOR 200 Lite 5G yang baharu akan memasuki pasaran Malaysia pada 26 Julai ini dengan harga hanya RM1,299, menjadikannya antara telefon pintar berkeupayaan 5G paling mampu milik dalam julat harganya. Model ini bukan sahaja menawarkan kapasiti storan sebesar 512GB yang merupakan dua kali ganda berbanding HONOR 90 Lite, tetapi juga dilengkapi dengan paparan lebih tahan lasak.

    HONOR 200 Lite menampilkan skrin super ultra kukuh dan disertakan dengan pelan Penggantian Skrin Depan & Belakang 365 Hari percuma bagi meningkatkan ketahanan dan nilai telefon pintar ini. Untuk pengalaman tontonan, telefon ini menampilkan paparan AMOLED 6.7 inci dengan pemalapan PWM Bebas Risiko 3,240Hz untuk tontonan yang bebas kerlipan.

    Peranti ini dilengkapi dengan kamera utama 108MP dan kamera swafoto 50MP untuk menangkap gambar yang berkualiti. Dengan bateri berkapasiti 4,500mAh, pengguna boleh menikmati penggunaan sepanjang hari tanpa risau mengenai kehabisan bateri.

    HONOR 200 Lite juga dikuasakan oleh cipset MediaTek Dimensity 6080 yang lancar, membawa sistem operasi Magic OS berdasarkan Android 14 serta Magic AI Experience yang meningkatkan kefungsian dan keupayaan pengimejan.

    Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai HONOR 200 Lite, anda boleh mengikuti akaun Facebook rasmi dan laman web rasmi HONOR Malaysia. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    Astro tambah siaran Mango TV, U Panda TV dan saluran khas Pokémon bermula 1...

    Astro memperluaskan penawaran kandungannya dengan melancarkan dua saluran baharu iaitu Mango TV (CH 336) dan U Panda TV (CH 337) bermula 1...

    Mercedes-AMG GT 63 4-Door Coupé EV rasmi di Malaysia dengan 1,169hp, cas pantas 350kW

    Mercedes-Benz Malaysia melancarkan Mercedes-AMG GT 63 PRO 4MATIC+ Coupé dan memberi pratonton awal Mercedes-AMG GT 63 4-Door Coupé di Kuala Lumpur bersempena...

    Nothing Headphone (1) Pro diumum: Tiga pemandu audio, binaan premium dan bateri tahan 68...

    Nothing melancarkan fon telinga mercu over-ear terbaharu mereka, Nothing Headphone (1) Pro. Model baharu ini membawakan peningkatan daripada segi sistem audio, keupayaan...

    Siri HONOR Magic9 dilancar di China — Dua kamera 200MP ARRI dan bateri 11,000mAh

    HONOR melancarkan siri telefon pintar mercu terbaharu di China yang merangkumi tiga model iaitu HONOR Magic9, Magic9 Super Edition dan Magic9 Pro...

    BeONE Mobile lancar pelan prabayar 5G dikuasakan Maxis bermula RM25/bulan

    BeONE Mobile melancarkan perkhidmatan prabayar baharu di Malaysia sebagai pengendali rangkaian mudah alih maya (MVNO) yang beroperasi atas rangkaian Maxis. Sebelum ini...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured