More

    HONOR 200 Lite 5G bakal dilancar secara rasmi di Malaysia tidak lama lagi

    Selepas melancarkan HONOR 200 dan HONOR 200 Pro, HONOR Malaysia bakal melancarkan HONOR 200 Lite 5G yang terbaharu dan mampu milik. Ketibaan HONOR 200 Lite 5G juga menandakan penamat bagi pelan pascabayar HONOR 90 Lite yang popular untuk Pakej 5G Rahmah.

    HONOR 90 Lite yang dilancarkan tahun lepas telah mencapai kejayaan dalam pasaran Malaysia dengan prestasi yang kukuh dan harga yang sangat kompetitif. Bukan sahaja telefon pintar paling popular dalam pakej 5G, ia juga menduduki tempat pertama dalam jualan dalam pasaran telefon mudah alih Malaysia dari September 2023 hingga Mei 2024.

    Berdasarkan maklumat rasmi, HONOR 200 Lite telah dinaik taraf sepenuhnya berdasarkan HONOR 90 Lite dengan ruang storan sehingga 512GB iaitu dua kali ganda daripada HONOR 90 Lite. Daripada segi skrin, HONOR 200 Lite dinaik taraf kepada kaca ultra-kuat dan menyediakan perlindungan percuma selama 365 hari terhadap kerosakan skrin.

    Selain itu, ia menyokong rangkaian 5G dan menjadikannya pilihan yang sangat baik untuk telefon dalam julat harga yang sama. Ikuti Facebook HONOR Malaysia untuk hebahan mengenai pelancaran HONOR 200 Lite dan maklumat lanjut boleh layari laman rasmi HONOR Malaysia.

    Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan telefon ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    HONOR Watch 6 dilancar di Malaysia dengan GPS dwi jalur, NFC dan bateri 35...

    HONOR Malaysia secara rasmi melancarkan jam tangan pintar HONOR Watch 6 untuk pasaran tempatan dengan menawarkan bateri berkapasiti 980mAh yang mampu bertahan...

    CMF Clip Pro rasmi sebagai fon telinga “open-ear” pertama, sokong LDAC dan bateri 32.5...

    Sub-jenama Nothing, CMF, melancarkan CMF Clip Pro sebagai peranti fon telinga terbuka (open-ear) pertama dalam barisan produk mereka. Fon telinga ini menggunakan...

    Xbox Project Helix bakal sokong “game” lama menerusi sistem emulator rasmi

    Satu memo dalaman Microsoft yang ditiriskan mendedahkan bahawa mereka sedang membangunkan emulator rasmi untuk menyokong permainan rentas platform. Pembangunan ini bertujuan membolehkan...

    Amazon Prime Video jadi aplikasi strim pertama sokong HDR10+ ADVANCED

    Samsung Electronics mengumumkan bahawa Prime Video menjadi perkhidmatan penstriman pertama yang menawarkan standard paparan HDR10+ ADVANCED secara global bermula Ogos 2026. Ciri...

    Sony Xperia 1 VIII rasmi di Malaysia dengan SD 8 Elite, kamera Exmor RS...

    Sony Malaysia melancarkan peranti mercu terbaharunya iaitu Sony Xperia 1 VIII untuk pasaran tempatan yang menampilkan rekaan belakang bertekstur ORE baharu diinspirasikan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured