More

    HONOR 200 Lite 5G dilancar di Malaysia: Dimensity 6080 dan kamera 108MP berharga RM1,299

    Hari ini, HONOR 200 Lite 5G telah dilancarkan di Malaysia dengan harga hanya RM1,299. HONOR 200 Lite kini boleh dibeli di laman sesawang rasmi HONOR, HONOR Experience Store, serta di platform Shopee, Lazada, TikTok Shop dan pengedar sah seperti Senheng, SenQ, Harvey Norman, dan Urban Republic.

    Telefon ini merupakan telefon 5G mampu milik boleh didapati secara percuma melalui pakej pascabayar terpilih daripada CelcomDigi, Maxis dan U Mobile. Dengan CelcomDigi, pengguna boleh mendapatkan HONOR 200 Lite pada harga RM199 melalui Pakej MegaJimat dengan pelan Postpaid 5G 80 untuk kontrak 24 bulan, menjimatkan RM1,100. Alternatif lain termasuk membayar RM499 untuk kontrak 12 bulan atau hanya RM1 sebulan melalui pelan CelcomDigi ONE.

    Maxis menawarkan HONOR 200 Lite secara percuma dengan pelan Postpaid 139, atau pada harga serendah RM99 dengan pelan Postpaid 109. U Mobile pula memberikan HONOR 200 Lite secara percuma dengan pelan U Postpaid RM68 sebulan, termasuk Data Berkelajuan Tinggi 5G sehingga 1,000GB dan Percuma Perayauan Global di 63 destinasi.

    HONOR 200 Lite dibina dengan spesifikasi padat dan harga berpatutan, menyediakan storan berganda dan paparan tahan lama. Telefon ini dilengkapi dengan RAM 16GB (termasuk RAM Turbo 8GB) dan storan 512GB, membolehkan pengguna menyimpan lebih banyak gambar dan fail, menjadikannya pilihan ideal bagi mereka yang mencari telefon berkualiti tinggi dengan kos rendah.

    Berikut adalah spesifikasi ringkas HONOR 200 Lite:

    • Cipset MediaTek Dimensity 6080
    • Paparan jagaan mata AMOLED 6.7 inci dengan Pemalapan Bebas Risiko PWM 3,240Hz
    • RAM 16GB (termasuk RAM Turbo 8GB) dan storan 512GB
    • Kamera utama 108MP
    • Kamera swafoto 50MP
    • Bateri berkapasiti 4,500mAh
    • Magic OS berdasarkan Android 14
    • Ciri Magic AI Experience seperti Magic Portal, Magic Capsule, Parallel Space, HONOR Global Favourites dan Shortcut serta fungsi AI Blur Private Info baharu
    • Warna: Starry Blue dan Midnight Black

    Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai HONOR 200 Lite, anda boleh mengikuti akaun Facebook rasmi dan laman web rasmi HONOR Malaysia. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    HONOR Watch 6 dilancar di Malaysia dengan GPS dwi jalur, NFC dan bateri 35...

    HONOR Malaysia secara rasmi melancarkan jam tangan pintar HONOR Watch 6 untuk pasaran tempatan dengan menawarkan bateri berkapasiti 980mAh yang mampu bertahan...

    CMF Clip Pro rasmi sebagai fon telinga “open-ear” pertama, sokong LDAC dan bateri 32.5...

    Sub-jenama Nothing, CMF, melancarkan CMF Clip Pro sebagai peranti fon telinga terbuka (open-ear) pertama dalam barisan produk mereka. Fon telinga ini menggunakan...

    Xbox Project Helix bakal sokong “game” lama menerusi sistem emulator rasmi

    Satu memo dalaman Microsoft yang ditiriskan mendedahkan bahawa mereka sedang membangunkan emulator rasmi untuk menyokong permainan rentas platform. Pembangunan ini bertujuan membolehkan...

    Amazon Prime Video jadi aplikasi strim pertama sokong HDR10+ ADVANCED

    Samsung Electronics mengumumkan bahawa Prime Video menjadi perkhidmatan penstriman pertama yang menawarkan standard paparan HDR10+ ADVANCED secara global bermula Ogos 2026. Ciri...

    Sony Xperia 1 VIII rasmi di Malaysia dengan SD 8 Elite, kamera Exmor RS...

    Sony Malaysia melancarkan peranti mercu terbaharunya iaitu Sony Xperia 1 VIII untuk pasaran tempatan yang menampilkan rekaan belakang bertekstur ORE baharu diinspirasikan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured