More

    HONOR 200 Smart dilancar di Malaysia dengan SD 4 Gen 2, skrin 6.8″ 120Hz berharga RM1,099

    HONOR Malaysia hari ini menambah ahli baharu dalam siri HONOR 200 dengan melancarkan HONOR 200 Smart. Telefon pintar ini menggabungkan badan yang tahan lasak, bateri tahan lama dan fotografi AI. HONOR 200 Smart 5G didatangkan dengan RAM 16GB (8GB + 8GB RAM maya), storan 256GB serta tersedia dalam warna putih dan hijau.

    HONOR 200 Smart dilengkapi dengan skrin LCD TFT FHD+ 6.8 inci dengan kadar segar semula 120Hz. Telefon ini menampilkan cip Snapdragon 4 Gen 2 dan perisian MagicOS 8.0 (Android 14). Baterinya berkapasiti 5,200mAh menyokong pengecasan 35W melalui port USB-C. Selain itu, ia hadir dengan kamera utama kedalaman 50MP (f1.8) + 2MP (f /2.4) dan kamera swafoto 5MP.

    Spesifikasi sorotan lain termasuk penarafan IP64 untuk kalis air dan habuk, pengimbas cap jari sisi, pembesar suara stereo serta Bluetooth 5.0. HONOR 200 Smart dijual di Malaysia pada harga RM1,099 dengan pilihan warna Forest Green dan Moonlight White. Anda boleh mendapatkannya daripada pengedar sah HONOR di seluruh Malaysia.

    Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan HONOR 200 Smart dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    Kaspersky dedah AI kini bantu penggodam serang lebih pantas

    Kaspersky memaklumkan bahawa ancaman siber kini semakin pantas dengan kehadiran teknologi kecerdasan buatan (AI) serta mewujudkan jurang visibiliti yang serius bagi organisasi...

    Game Boy Advance kembali? Ayaneo lancar konsol “gaming” retro baharu

    Ayaneo secara rasmi memperkenalkan konsol permainan tangan terbaharu mereka iaitu Konkr Pocket Advance menerusi sesi siaran langsung pengenalan produk syarikat. Peranti ini...

    PRO-NET mulakan pemasangan tempatan Proton e.MAS 7 PHEV di AHTV, Tanjung Malim

    PRO-NET secara rasmi memulakan pengeluaran tempatan (CKD) bagi model Proton e.MAS 7 PHEV di Kilang EV PROTON yang terletak di Automotive High...

    Hisense lancar projektor laser XR10, PX4PRO dan L9Q di Malaysia — Bermula RM23,999

    Hisense secara rasmi melancarkan siri paparan laser terbaharu mereka di Malaysia menerusi pengenalan Hisense RGB Triple Colour Laser Projector XR10, RGB Laser...

    Spotify Running Mode dilancar untuk pengguna iPhone, lagu ikut BPM dan jenis latihan

    Spotify secara rasmi melancarkan ciri Running Mode bagi memberikan pengalaman pendengaran muzik yang disesuaikan mengikut aktiviti larian pengguna. Ia ditawarkan khusus untuk...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured