More

    HONOR 400 Lite tiba di Malaysia dengan Dimensity 7025-Ultra, AMOLED 6.7″ 120Hz berharga RM1,299

    HONOR Malaysia hari ini telah memperkenalkan telefon pintar terbaharu dengan HONOR 400 Lite dalam pasaran tempatan pada harga hanya RM1,299. Dikenali sebagai ‘pembunuh iPhone’ dalam segmen bajet, peranti ini membuktikan bahawa telefon pintar berteknologi tinggi tidak semestinya datang dengan tanda harga yang tinggi.

    HONOR 400 Lite menggabungkan AI pintar, prestasi hebat dan reka bentuk moden serta dilengkapi ciri setaraf telefon andalan seperti kamera utama 108MP untuk gambar ultra-jelas dalam cahaya rendah dan kamera swafoto 16MP dengan Selfie Light. Ia turut menampilkan skrin AMOLED 6.7 inci dengan kecerahan hingga 3,500 nits dan kadar segar semula 120Hz.

    HONOR 400 Lite dilengkapi Butang AI untuk akses pantas ke kamera, rakaman video dan Google Lens serta menyokong Gemini. Ia hadir dengan cipset MediaTek Dimensity 7025-Ultra, RAM 24GB (termasuk RAM Turbo 12GB) dan storan 256GB. Baterinya pula berkapasiti 5,230mAh menyokong pengecasan pantas 35W.

    Menariknya, setiap pembelian disertakan Jaminan Lanjutan 1 tahun (RM99) dan rebat tunai RM200. Untuk menebus rebat ini, pelanggan hanya perlu mengambil gambar peranti tersebut di kedai HONOR atau pengedar sah, memuat naik ke media sosial dengan tanda pagar #HONOR400LiteMY, dan menunjukkan bukti semasa membuat pembelian.

    HONOR 400 Lite juga boleh dimiliki secara percuma melalui pelan pascabayar tertentu. Pengguna Maxis yang mendaftar dengan pelan Maxis Postpaid 109 serta pelanggan U Mobile yang memilih pelan U Postpaid 98 atau U Family 128, boleh mendapatkan telefon ini tanpa sebarang bayaran tambahan.

    Manakala pelanggan Yes pula boleh memilikinya pada harga serendah RM5 dengan pelan Infinite+ Basic Plan berharga RM58 sebulan bermula 2 Mei 2025. Untuk maklumat lanjut, orang ramai boleh melayari laman rasmi HONOR Malaysia atau ikuti perkembangan di laman Facebook rasmi mereka.

    Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengannya dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...