More

    HONOR 50 hanya RM1 dengan Pelan Pascabayar 158 Maxis bermula 18 November

    Anda kini boleh dapatkan HONOR 50 dengan hanya RM1 melalui Pelan Pascabayar 158 Maxis bermula pada 18 November ini. HONOR 50 memberikan pengalaman swafoto dan video yang terbaik terutamanya bagi mereka yang ingin merakam vlog.

    Anda boleh merakam vlog dengan 6 mod vlog yang menghasilkan kualiti foto yang jelas dan tajam. Kuad kamera yang dinaik taraf ke kamera utama 108MP dan kamera hadapan 32MP, boleh merakam foto dan video dengan kejelasan ultra ketika pencahayaan terhad.

    Kini, anda boleh menjadi bintang HONOR 50 kerana syarikat tersebut telah bergabung dengan ‘avant-garde’ fesyen maya Noonoouri untuk peraduan #HONOR50duet bermula pada 10 November 2021 hingga 31 Disember 2021. Anda berpeluang memenangi hadiah-hadiah menarik seperti HONOR MagicBook 14, HONOR 50 dan HONOR Earbuds 2 Lite!

    Syarat-syarat yang diperlukan:
    1. Ikuti akaun rasmi TikTok HONOR @honormalaysia dan cari #HONOR50duet.
    2. Pilih salah satu cara untuk sertai cabaran:
      •      Tekan butang rakam di laman #HONOR50duet dan gunakan ‘sticker’ seperti yang ditetapkan untuk merakam 
      •      Rakam dengan video rasmi yang di pin di atas laman yang ditetapkan.
    3. Tag @honormalaysia dan hashtag #HONOR50duet ketika menyiarkan video.
    4. Anda tidak dibenarkan menggunakan sebarang unsur jenama telefon pintar lain, logo dan kandungan yang tidak senonoh.

    Lawati Pusat Maxis terdekat bermula 18 November untuk mengetahui lebih lanjut pelan pascabayar HONOR 50 dan dapatkan telefon pintar vlog HONOR terbaik. Anda juga boleh klik di sini untuk melihat cabaran menari #HONOR50Duet di TikTok.

    Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    Liputan 5G U Mobile kini capai 90% kawasan berpenduduk di Malaysia

    U Mobile hari ini secara rasmi mencapai 90 peratus Liputan 5G Kawasan Berpenduduk (CoPA) di seluruh negara. Pelancaran pencapaian dirasmikan oleh Menteri...

    Ryt Bank perkenal sokongan Apple Pay untuk kad fizikal dan maya

    Terkini, Ryt Bank telah melancarkan sokongan rasmi bagi perkhidmatan Apple Pay yang membolehkan pemegang Kad Debit Visa Ryt Bank menambah kad fizikal...

    OpenAI tambah iklan visual dalam ChatGPT akhir bulan ini

    OpenAI bakal menambah format iklan baharu yang dipanggil iklan visual pada platform ChatGPT bermula akhir bulan ini. Ia merupakan pengenalan iklan teks...

    WhatsApp: Ciri “Restricted Chat” kini tersedia untuk pengguna beta untuk Android dan iOS

    WhatsApp kini mula menawarkan ciri Restricted Chat kepada sesetengah pengguna versi beta pada sistem operasi Android dan iOS. Ia merupakan kemas kini...

    HONOR Magic9 Pro Max sah bakal dilancar secara global pada Januari 2027

    HONOR mengesahkan bahawa siri telefon pintar mercu terbaharunya, siri HONOR Magic9, bakal memasuki pasaran global pada Januari 2027. Pengumuman dibuat berikutan pelancaran...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...