More

    HONOR 50 Lite dilancar di Malaysia: Dilengkapi Google, 4 kamera, cas pantas 66W berharga RM999

    Pada hari ini, HONOR Malaysia telah melancarkan telefon kelas pertengahan terbaru iaitu HONOR 50 Lite. Seperti HONOR 50 sebelum ini, HONOR 50 Lite dilengkapi perkhidmatan Google Mobile Services (GMS) dan ini membenarkan pengguna untuk mengakses perkhidmatan Google yang popular di Malaysia seperti Gmail, YouTube, Google Maps dan banyak lagi.

    HONOR 50 Lite turut dilengkapi pengecasan pantas 66W HONOR SuperCharge yang boleh mengecas penuh baterinya sepantas 39 minit sahaja. Bercakap tentang bateri, ia mempunyai kapasiti 4,300mAh yang pasti boleh bertahan selama sehari dengan selesa.

    Di hadapan, ia mempunyai skrin LCD HONOR FullView Display berukuran 6.67 inci dengan resolusi Full HD+ (1080 x 2376) serta pengiktirafan penapis cahaya biru Level TÜV Rheinland Low Blue Light Certification. Badannya pula mempunyai tiga pilihan warna iaitu biru Deep Sea Blue, perak Space Silver dan hitam Midnight Black.

    Untuk fotografi pula, ia dilengkapi kamera utama 64MP, kamera ultra-lebar 8MP dengan sudut penglihatan 106 darjah, kamera makro 2MP dan sensor kedalaman 2MP manakala kamera swafoto pula adalah kamera 16MP. Daripada segi memori, ia mempunyai RAM 8GB dan storan dalaman 128GB.

    HONOR 50 Lite akan dijual di Malaysia bermula 25 November 2021 pada harga RM999. Pelanggan boleh dapat hadiah percuma bernilai RM300 jika telefon ini dibeli dari kedai HONOR Store atau HONOR Authorised Stores. Selain itu, ia turut boleh dibeli di HONOR eStore, Lazada, Shopee, Senheng, senQ, Digi dan Maxis.

    Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan HONOR 50 Lite dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    DJI Mic Mini 2S tiba di Malaysia dengan rakaman 32-Bit, pembatalan hingar AI dan...

    DJI melancarkan mikrofon wayarles kompak terbaharu iaitu DJI Mic Mini 2S untuk pasaran Malaysia. Ia direka khusus untuk pencipta kandungan, pengatur cara...

    RHB Pay dilancar — Terima kad, FPX dan DuitNow Pay dalam satu platform

    RHB Bank Berhad secara rasmi melancarkan RHB Pay yang merupakan gerbang pembayaran dalam talian bersatu pertama yang dibangunkan, dimiliki dan dikendalikan sepenuhnya...

    Google hentikan khidmat Google Assistant mulai 4 September ini

    Google mengumumkan penamatan perkhidmatan Google Assistant pada peranti mudah alih dan peranti boleh pakai bermula 4 September 2026. Mereka telah mula menghantar...

    HONOR Watch 6 dilancar di Malaysia dengan GPS dwi jalur, NFC dan bateri 35...

    HONOR Malaysia secara rasmi melancarkan jam tangan pintar HONOR Watch 6 untuk pasaran tempatan dengan menawarkan bateri berkapasiti 980mAh yang mampu bertahan...

    CMF Clip Pro rasmi sebagai fon telinga “open-ear” pertama, sokong LDAC dan bateri 32.5...

    Sub-jenama Nothing, CMF, melancarkan CMF Clip Pro sebagai peranti fon telinga terbuka (open-ear) pertama dalam barisan produk mereka. Fon telinga ini menggunakan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured