More

    HONOR 70 bakal dilengkapi Dimensity 9000 dan cas pantas 100W

    HONOR bakal melancarkan siri telefon pintar andalan HONOR 70 pada 30 Mei ini di China. Beberapa hari sebelum pelancarannya, HONOR telah berkongsi beberapa spesifikasi ringkas untuk telefon tersebut.

    HONOR 70 akan dilancar dalam tiga varian iaitu HONOR 70, HONOR 70 Pro dan HONOR 70 Pro+. Dalam media sosial Weibo, HONOR mengesahkan bahawa HONOR 70 Pro+ akan dilengkapi cipset MediaTek Dimensity 9000 iaitu cipset telefon MediaTek yang tercanggih setakat ini.

    HONOR 70 pula akan dilengkapi Qualcomm Snapdragon 7 Gen 1 manakala HONOR 70 Pro pula dilengkapi Dimensity 8000. Snapdragon 7 Gen 1 adalah cipset telefon pertengahan yang terbaru daripada Qualcomm, manakala Dimensity 8000 pula masih menawarkan prestasi tahap telefon andalan.

    Daripada segi skrin, semua telefon ini akan dilengkapi skrin OLED BOE yang menyokong PWM dimming, manakala varian Pro dan Pro+ pula menyokong teknologi kadar segar semula dinamik LTPO.

    Untuk kamera pula, semua varian HONOR 70 dilengkapi sensor kamera Sony IMX800 1/1.49 inci dengan resolusi 54MP f/1.9. Mereka turut berkongsi beberapa contoh gambar yang diambil menggunakan telefon tersebut.

    Satu lagi spesifikasi yang disahkan adalah kadar pengecasannya. HONOR 70 bakal dilengkapi pengecasan pantas 66W, manakala HONOR 70 Pro dan HONOR 70 Pro+ pula menyokong pengecasan pantas 100W.

    Contoh gambar daripada HONOR 70

    Sebelum ini, HONOR telah pun berkongsi reka bentuk luaran telefon ini secara ringkas, di mana ia dilengkapi corak berlian di belakang. Ia akan dilancar pada 30 Mei 2022 jam 7:30 malam di China.

    Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan HONOR 70 dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    "
    "
     

    Artikel Terkini

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Apple bangunkan hub rumah pintar dengan Siri AI, FaceTime dan AirPlay

    Apple dilaporkan sedang membangunkan peranti hub rumah pintar baharu yang berfungsi untuk mengawal peranti HomeKit, berinteraksi dengan Siri AI, membuat panggilan FaceTime,...

    WhatsApp tambah Parental Control, ibu bapa boleh kawal privasi anak

    WhatsApp melancarkan set kawalan ibu bapa baharu yang fleksibel dan bersifat pilihan bagi membantu mengurus penggunaan aplikasi dalam kalangan remaja. Ia dibangunkan...

    Canon EOS R8 Mark II dilancar di Malaysia dengan sensor full-frame 24.2MP dan IBIS...

    Canon Malaysia melancarkan kamera full-frame Canon EOS R8 Mark II yang menampilkan rekaan ergonomik yang dipertingkat serta sistem penstabilan imej penstabilan kawalan...

    Astro tambah siaran Mango TV, U Panda TV dan saluran khas Pokémon bermula 1...

    Astro memperluaskan penawaran kandungannya dengan melancarkan dua saluran baharu iaitu Mango TV (CH 336) dan U Panda TV (CH 337) bermula 1...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured