More

    HONOR 80 GT bakal dilancar pada 26 Disember ini

    HONOR akan mengadakan acara pelancaran akhir bulan ini di China untuk memperkenalkan HONOR 80 GT pada 7:30 malam, 26 Disember ini.

    Selain HONOR 80 GT, syarikat itu dikhabarkan akan melancarkan sekurang-kurangnya dua peranti lain seperti varian HONOR 80 Pro yang menampilkan paparan rata dan tablet HONOR Pad V8 Pro. 

    Imej di atas memberikan gambaran reka bentuk HONOR 80 GT bersama dua peranti di mana satu di sebelah kiri kelihatan seperti HONOR 80 GT manakala satu di sebelah kanan kelihatan seperti HONOR Pad V8 Pro dan ditengahnya adalah Magic Pen yang boleh digunakan pada tablet V8 Pro. 

    Laporan mengatakan HONOR 80 GT akan dikuasakan oleh cipset Snapdragon 8+ Gen 1 versi rendah dan RAM 16GB. Ia berkemungkinan menampilkan panel OLED yang menawarkan resolusi FHD+ dan kadar penyegaran semula 144Hz. 

    Poster itu mengesahkan bahawa ia mempunyai tri-kamera yang terdiri daripada kamera utama 54MP yang disokong oleh Sony IMX800. Ia mungkin menyokong pengecasan pantas 66W.

    Varian skrin rata HONOR 80 Pro dijangka menampilkan cipset yang sama dengan GT dan disokong oleh panel OLED dengan resolusi 1.5K. Terdapat kemungkinan bahawa spesifikasinya mungkin sama dengan Honor 80 Pro sebelum ini yang dilancarkan pada bulan November.

    HONOR Pad V8 Pro dijangka hadir sebagai tablet IMAX Enhanced pertama di dunia sambil menawarkan paparan 12.1 inci, cipset Dimensity 8100, pengecasan pantas 33W dan MagicOS 7.0. Ia mungkin membawa warna biru dan oren.

    Sehingga kini, ini sahaja maklumat yang kami jangka. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini. 

    "
    "

    Sumber: Gizmochina

     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured