More

    HONOR 8S varian 3GB + 64GB diumumkan di Malaysia: Sedia dijual mulai esok berharga RM429

    Jika anda sedang mencari telefon pintar kelas permulaan dengan harga mesra poket, anda mungkin boleh mempertimbangkan HONOR 8S yang kini hadir dengan varian baharu, RAM 3GB + storan 64GB. HONOR 8S varian terbaru ini tampil dengan warna Aurora Blue berharga RM429 sahaja.

    Sepintas lalu, HONOR 8S dijana cipset MediaTek Helio A22 (MT6761), RAM 3GB, storan 64GB, kamera utama 13MP, kamera swafoto 5MP, bateri 3020mAh dengan paparan bertakuk Dewdrop berukuran 5.71 inci. Anda juga boleh menambah storan melalui slot mikroSD sehingga 512GB.

    Untuk pengetahuan anda, HONOR 8S varian baharu ini boleh didapati dengan warna Aurora Blue pada harga RM429 di laman e-dagang rasmi, Hihonor, kedai rasmi HONOR di Shopee dan Lazada, HONOR Experience Stores dan rakan pengedar sah bermula 22 Ogos 2020 (esok).

    Kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured