More

    HONOR 90 Lite 5G: Kerjasama KKD dengan HONOR Malaysia dalam Pakej 5G RAHMAH

    HONOR 90 Lite merupakan salah satu daripada model peranti yang ditawarkan di dalam Pakej 5G RAHMAH. Pakej 5G RAHMAH merupakan salah satu insiatif Kerajaan Malaysia dalam memastikan rakyat Malaysia dapat menikmati data dan peranti 5G pada harga yang mampu milik.

    HONOR 90 Lite mencatat pencapaian yang membanggakan sebagai salah satu peranti yang ditawarkan dalam Pakej 5G RAHMAH dalam tempoh masa kurang daripada sebulan ia dilancarkan.

    Bukan itu sahaja, sewaktu Emerging Industries Exchange Conference pada 21 September 2023 lalu yang bertempat di Mandarian Oriental, Kuala Lumpur, HONOR berpeluang untuk menyampaikan foamboard Pakej 5G RAHMAH sebagai tanda penghargaan kepada Kementerian Komunikasi dan Digital kerana memilih Honor 90 Lite sebagai salah sebuah model peranti 5G yang ditawarkan di dalam Pakej 5G RAHMAH. 

    Majlis telah disempurnakan oleh Ketua Pegawai Eksekutif HONOR Malaysia, Li Jing, yang berbesar hati menyampaikan foamboard penghargaan tersebut kepada Encik Kamarudin Abdul Rani, Setiausaha Bahagian Kawalan dan Pematuhan, Kementerian Komunikasi dan Digital.

    Berita terkini tentang HONOR 90 Lite yang diminati ramai dan segalanya tentang HONOR, sila layari laman web rasmi HONOR. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    Setel tambah ciri AI Voice Fuelling — Pengaktifan pam minyak tanpa sentuh

    Setel secara rasmi memperkenalkan fungsi baharu berasaskan kecerdasan buatan (AI) yang dikenali sebagai Voice Fuelling. Ciri ini membolehkan pengguna mengaktifkan pam minyak...

    Siri Samsung Galaxy Tab S12 kini tersedia di Malaysia dengan MediaTek Dimensity 9500 dan...

    Samsung Malaysia mengumumkan ketersediaan siri tablet terbaharu mereka iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra untuk pasaran tempatan. Peranti datang...

    Liputan 5G U Mobile kini capai 90% kawasan berpenduduk di Malaysia

    U Mobile hari ini secara rasmi mencapai 90 peratus Liputan 5G Kawasan Berpenduduk (CoPA) di seluruh negara. Pelancaran pencapaian dirasmikan oleh Menteri...

    Ryt Bank perkenal sokongan Apple Pay untuk kad fizikal dan maya

    Terkini, Ryt Bank telah melancarkan sokongan rasmi bagi perkhidmatan Apple Pay yang membolehkan pemegang Kad Debit Visa Ryt Bank menambah kad fizikal...

    OpenAI tambah iklan visual dalam ChatGPT akhir bulan ini

    OpenAI bakal menambah format iklan baharu yang dipanggil iklan visual pada platform ChatGPT bermula akhir bulan ini. Ia merupakan pengenalan iklan teks...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured