More

    HONOR 90 Series akan dilancar di Malaysia pada 20 Julai 2023

    HONOR Malaysia bakal melancarkan telefon pintar kelas pertengahan HONOR 90 pada hari Khamis, 20 Julai 2023 jam 8:00 malam dan ia akan disiarkan secara langsung dalam laman Facebook HONOR Malaysia.

    Telefon ini bakal dilengkapi kamera utama 200MP Super Sensing yang menawarkan kualiti gambar lebih jelas, serta skrin dengan pemalapan PWM 3,840Hz untuk menjana imej yang lebih selesa pada mata pengguna. Ia bakal menjadi telefon HONOR pertama yang dilengkapi kamera 200MP.

    Selain itu, telefon ini mempunyai rekaan N Series Classical Dual Ring Design yang menawarkan permukaan berkilauan pada keseluruhan telefon untuk menghasilkan imej premium. Ia akan ditawarkan dalam warna perak Diamond Silver.

    Sebelum ini, siri HONOR 90 telah dilancar di China dan ia ditawarkan dalam dua varian utama iaitu HONOR 90 dan HONOR 90 Pro. Kedua-duanya mempunyai kamera utama 200MP, namun varian Pro dilengkapi cipset Snapdragon 8+ Gen 1, skrin AMOLED 120Hz 6.78 inci dan pengecasan pantas 90W.

    Varian standard pula dilengkapi cipset Snapdragon 7 Gen 1, skrin OLED 120Hz 6.7 inci dan pengecasan pantas 66W.

    Setakat ini masih tidak diketahui jika HONOR Malaysia akan melancarkan kedua-dua varian atau satu varian sahaja. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan telefon ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    Spotify Running Mode dilancar untuk pengguna iPhone, lagu ikut BPM dan jenis latihan

    Spotify secara rasmi melancarkan ciri Running Mode bagi memberikan pengalaman pendengaran muzik yang disesuaikan mengikut aktiviti larian pengguna. Ia ditawarkan khusus untuk...

    Google Earth kini boleh hasilkan visual sejarah, infografik dan pelan bangunan menerusi AI

    Google secara rasmi melancarkan integrasi keupayaan jana imej berasaskan AI menerusi model Nano Banana 2 ke dalam platform Google Earth versi web....

    Coway raikan 20 tahun dengan pelancaran siri peti sejuk pertama di Malaysia

    Selepas dua dekad bertapak di Malaysia, Coway kini membuka babak baharu menerusi pelancaran kategori produk pertamanya dalam segmen peti sejuk. Menariknya, Malaysia...

    BYD SEALION 7 varian Dynamic rasmi di Malaysia dengan harga bermula RM159,800

    BYD Sime Motors melancarkan model SUV elektrik BYD SEALION 7 (2026) untuk pasaran Malaysia dengan memperkenalkan varian baharu Dynamic selain menaik taraf...

    Gemini Spark dilancar di Malaysia — Agen AI 24 jam dikuasakan Gemini 3.6 Flash

    Google melancarkan Gemini Spark di Malaysia iaitu sebuah agen AI latar belakang yang berfungsi secara berterusan 24 jam sehari untuk menguruskan tugasan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured