More

    HONOR bakal lancar Smart TV dengan kamera ‘pop’up’, berharga bawah RM3,000

    Seperti HUAWEI, HONOR juga mengikut jejak langkah dalam memperkenalkan produk pintar mereka. Malah, syarikat tersebut bakal mempamerkan beberapa produk pintar malam ini seperti HONOR MagicBook Pro, HONOR Vision X1 dan banyak lagi melalui sebuah siaran langsung di saluran YouTube. Apa yang menariknya, terdapat TV HONOR baharu yang bakal muncul.

    Diberi nama sebagai siri HONOR Smart Screen X1, TV ini akan hadir dengan panel skrin 65-inci yang menyokong resolusi 8K bersama keupayaan penyahkodan super. Ia juga akan menampilkan teknologi pampasan pergerakan MEMC (kami yakin ini buka namanya yang sebenar) yang membantu dalam transisi gambar berkelajuan tinggi. Turut serta adalah teknologi ACM untuk pengurusan warna. Sebagai produk pintar, anda juga boleh menjangkakan kawalan suara, hasil daripada pilihan suara medan jauh 6MIC (far-field).

    Sebagai tambahan, HONOR dilaporkan akan mengeluarkan dua varian iaitu varian standard dan versi Pro. Jadi, anda boleh menjangkakan beberapa perbezaan di antara kedua-dua varian. Laporan menyatakan versi Pro bakal dihuni kamera pop-up untuk panggilan video, storan 32GB dan beberapa pembesar suara 6 x 10W. Berkenaan harga, ianya mungkin berharga 3799 Yuan (~RM2327) dan 4799 Yuan (~RM2939), yang mana merupakan harga berpatutan untuk sebuah TV pintar.

    Apa pun, nantikan jika HONOR Malaysia berminat untuk membawa TV pintar ini ke Malaysia. Kami juga berminat jika harganya di bawah RM3000. Kekal bersama kami untuk liputan berita pelancaran HONOR All-Scenario Smart Life Products malam ini.

     

    Artikel Terkini

    Peti ais untuk manusia ‘Do Hiemon Box’ dilancar di Jepun dengan harga ~RM43,260

    Syarikat pengeluar peti ais dan mesin layan diri dari Jepun, SDRS, bersama pembekal peralatan industri Trusco Nakayama telah memperkenalkan Do Hiemon Box....

    Pembelian Warner Bros oleh Paramount digantung 14 hari susulan saman 12 negeri

    Hakim persekutuan di California telah mengarahkan Paramount Skydance dan Warner Brothers Discovery untuk menangguhkan penggabungan mereka secara sementara. Keputusan ini dibuat bagi...

    Google lancarkan Gemini 3.6 Flash, 3.5 Flash-Lite dan 3.5 Flash Cyber

    Google secara rasmi memperkenalkan tiga model kecerdasan buatan (AI) baharu iaitu Gemini 3.6 Flash, Gemini 3.5 Flash-Lite dan Gemini 3.5 Flash Cyber....

    Storan akaun Google kini masukkan sekali SMS, sejarah panggilan dan sandaran telefon

    Google telah mula menghantar pemberitahuan kepada pengguna mengenai perubahan penggunaan ruang storan Google Account. Melalui kemas kini baharu, semua data sandaran peranti...

    Samsung Display perkenal panel tandem OLED pertama dengan pensijilan True Black 1400

    Samsung Display secara rasmi mula membekalkan panel tandem OLED baharu untuk laptop yang melepasi pensijilan VESA DisplayHDR True Black 1400. Piawaian baharu...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured