More

    HONOR bakal lancarkan telefon pintar andalan estetik AI baharu di Malaysia

    HONOR Malaysia baru sahaja memuat naik poster di Facebook yang mengacah kedatangan telefon pintar baharu yang akan dilancarkan di Malaysia tidak lama lagi. Pengarah Negara HONOR Malaysia, Justin Li menggambarkan peranti ini sebagai gabungan estetika dengan sokongan AI dan fotografi yang canggih.

    Pada VivaTech 2024, Ketua Pegawai Eksekutif HONOR Device Co. Ltd, George Zhao menekankan kelebihan AI pada peranti berbanding AI berasaskan Awan (Cloud). AI pada peranti menawarkan keselamatan yang lebih baik kerana pengurangan risiko kebocoran data dan mampu melaksanakan pembelajaran mendalam terhadap tingkah laku pengguna. Ini membolehkan peranti HONOR memahami dan berinteraksi dengan pengguna dengan lebih baik.

    Fungsi AI pada peranti HONOR kini telah digunakan dalam siri HONOR Magic dan akan disepadukan ke dalam semua produk kelas pertengahan hingga kelas atasan HONOR pada masa hadapan. Produk baharu HONOR yang akan datang di Malaysia juga akan dilengkapi dengan fungsi AI terkini serta teknologi pengimejan yang setanding dengan kamera profesional.

    HONOR turut bekerjasama dengan studio fotografi lagenda Paris untuk menghasilkan sistem kamera baharu yang membolehkan pengguna menangkap gambar potret berkualiti studio. Nantikan maklumat lanjut mengenai telefon pintar flagship AI ini dalam minggu yang akan datang atau lawati atau laman web rasmi HONOR untuk ketahui lebih lanjut.

    Beritahu pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Apple bangunkan hub rumah pintar dengan Siri AI, FaceTime dan AirPlay

    Apple dilaporkan sedang membangunkan peranti hub rumah pintar baharu yang berfungsi untuk mengawal peranti HomeKit, berinteraksi dengan Siri AI, membuat panggilan FaceTime,...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured