More

    HONOR Band 6 dilancar, gelang tangan senaman pintar dengan skrin besar bermula ~RM155

    Gelang tangan pintar (wristband) biasanya berbentuk kecil, nipis dan tidak sebesar jam tangan pintar yang lebih berat kerana gelang tangan biasanya difokuskan untuk fungsi senaman dan sukan. Walau bagaimanapun, gelang tangan HONOR Band 6 yang baru dilancar lebih menyerupai jam tangan dengan saiz skrinnya yang agak besar.

    HONOR Band 6 dilengkapi skrin AMOLED 1.47 inci dengan resolusi 194×368 dan gelas melengkung 2.5D. Selain daripada itu, HONOR Band 6 menampilkan pelbagai fungsi kesihatan seperti 10 mod sukan, pengawasan oksigen dalam darah, sensor degupan jantung HUAWEI TruSeen 4.0, pengukur tidur HUAWEI TruSleep, pengawasan kitaran haid dan bateri 180mAh yang tahan selama 14 hari.

    Gelang tangan ini kalis air sehingga 5ATM dan dicaskan menggunakan pengecas magnetik. Ia terdapat dalam dua varian utama, iaitu dengan NFC atau tanpa NFC. Daripada segi warna pula, pengguna boleh memilih antara warna hitam Meteorite Black, kelabu Seagull Gray dan Coral Powder.

    HONOR Band 6 telah diumumkan di China dengan harga CNY249 (~RM155) untuk varian asas dan CNY289 (~RM180) untuk varian NFC. Ia akan mula dijual bermula 11 November di negara itu namun tiada maklumat tentang keberadaannya di Malaysia. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan HONOR Band 6 dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured